Sambal kicap memang antara resepi pencecah makanan yang amat digemari oleh orang Johor. Asal makan pisang goreng, ubi atau keledek, tempe goreng pun kami orang Johor akan cecah dengan sambal kicap. Nak buat sambal kicap ni pun senang aje. Kali ini saya akan kongsikan resepi sambal kicap dengan menggunakan lada kering. Pelik ke? Kebiasaannya orang akan guna cili padi, kan? Tapi resepi ni adalah rahsia MIL saya...hehe
Bahan-bahannya:
10 tangkai lada kering
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
sedikit perasa yang dibenarkan
sedikit garam
3 sudu teh gula pasir
2 biji limau kasturi
Cara membuatnya:
1. Rebus lada kering hingga masak. Kemudian toskan
2. Masukkan semua bahan seperti bawang putih, garam, serbuk perasa, gula , kicap dan kisarkan dengan lada kering tadi.
3. Bila telah sebati, masukkan ke dalam mangkuk.
4. Perahkan limau kasturi untuk menambah perisa.
5. Siap untuk dimakan bersama dengan pisang goreng dan sebagainya.
Bila kita gantikan cili padi dengan lada kering, kita akan dapat rasakan perbezaan rasa pedasnya. Dengan lada kering, rasa pedasnya lebih lembut dan tidak pijar.
Selamat mencuba.
Resepi Sambal Kicap Lada Kering

2 Comments
wahh boleh cuba nanti hehe
ReplyDeleteboleh saja...memang yummy dimakan dengan pisang goreng..hihi
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.