Resepi Sambal Tempe - Tempe adalah antara makanan kegemaran orang Johor yang kebanyakannya berketurunan Jawa. Jadi tidak hairanlah jika tempe banyak dihasilkan oleh warga Johor samada secara suka-suka ataupun sebagai industri kecil bagi menambah pendapatan keluarga.
Bahan asas membuat tempe adalah kacang soya yang memang terbukti mengandungi protein yang tinggi. Tempe juga dikatakan boleh meransang otak dan dipercayai sesiapa yang banyak makan tempe menghasilkan IQ yang tinggi. Betul atau sebaliknya, kena uji sendiri...hihi
Bahan-bahan:
200 gram tempe - dipotong ikut suka dan digoreng
50 gram ikan bilis - digoreng
50 gram kacang tanah - di goreng dan ditoskan
50 gram lada kering dikisar
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1.5 cm belacan
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing
2. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi dan belacan. Tumis sehingga pecah minyak
3. Setelah itu masukkan asam keping dan bahan-bahan yang digoreng tadi. Gaulkan rata.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Sedia untuk dihidangkan.
Kan mudah aje, sesiapa pun boleh mencubanya. Makan tanpa nasi pun sedap. Selamat mencuba...

Resepi Sambal Tempe

3 Comments
Assalamualaikum aynora. kita pun suka tempe. lagi2 masak sambal goreng jawa. perghhh! selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeletewaalaikumussalam Sheila...tqvm dear....
DeleteAssalamualaikum sis, sedapnya sambal tempe nih... hemm...
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.