Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Aku Bukan Mistress Adaptasi Novel Acik Lana

Sinopsis Drama Aku Bukan Mistress Adaptasi Novel Acik Lana - Novel ini saya sudah baca habis tahun lepas. Bila baca novel Aku Bukan Mistress, saya boleh membayangkan yang satu hari novel ini pasti di dramakan. Dan, akhirnya...tekaan saya benar belaka. Novel karya Acik Lana ini bakal diadaptasikan ke drama untuk siaran TV3.



Sinopsis Drama Novel Aku Bukan Mistress


Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama? Sumber


Info Drama Aku Bukan Mistress


TAJUK : Aku Bukan Mistress
TARIKH SIARAN: 31 Mac 2014
EPISOD : 28 episod
WAKTU SIARAN : ISNIN hingga KHAMIS, Slot AKASIA di TV3
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren.


Review penulis blog:

Bagi anda yang pernah baca novel AKU BUKAN MISTRESS karya Acik Lana, tentu anda sudah tahu penamat cerita ini, kan? How is it? Happy ending? Saya pun sudah baca novel tersebut. Ada beberapa babak yang mungkin kena 'censored' jika di dramakan nanti. Sebab, perjalanan cerita Aku Bukan Mistress ini ada sisi gelap seorang Mya Arlissa. Mya Arlissa menjadi perempuan simpanan kepada Mikail, seorang jejaka yang ditemui di sebuah kelab (kalau tak silap). Ini semua berlaku setelah hidupnya musnah kerana satu kejadian silam.



Sepanjang Mya Arlissa tinggal sebumbung dengan Mikail, dia terpaksa menipu menjadi orang gajinya jika ibu jejaka itu datang berkunjung. Oleh kerana kadangkala Mikail melayan Mya Arlissa dengan baik, itu menimbulkan perasaan sayang dihati gadis itu. 

Bagaimanakah nanti hubungan Mya Arlissa dan Mikail berakhir? Adakah mereka boleh berubah dan meninggalkan dosa semalam yang selama ini menjadi raja dalam hubungan mereka?

Dan akhir sekali, saya berpendapat bahawa novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana adalah sebuah karya yang bagus dengan konflik dalaman seorang wanita yang berjuang untuk membuang segala kekotoran hidup yang pernah dilalui dan bangkit menjadi wanita yang lebih baik.

Selamat menonton... 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close