Amalan sebelum tidur mengikut sunnah - Bagaimana dengan tidur anda semalam, kelmarin atau malam tadi? Adakah anda tidur dengan lena atau ada gangguan mimpi ngeri yang menemani waktu tidur anda? Mungkin ada sebabnya mengapa tidur tidak lena ataupun mengalami gangguan. Mungkin juga tubuh kita terlalu penat dengan urusan-urusan dunia. Namun begitu, sebagai terapi jiwa, kita juga boleh mengamalkan apa yang Rasulullah SAW buat sebelum masuk tidur.
Dari Al Bara’ bin Azib r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila engkau hendak tidur, maka berwudhuklah terlebih dahulu seperti wudhukmu untuk solat. Kemudian berbaringlah atas rusukmu yang kanan, kemudian berdoa :
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.
Dari Huzaifah r.a, katanya : Nabi saw ketika membaringkan diri di tempat tidur di malam hari, beliau letakkan tangannya di bawah pipinya (mengereng ke kanan) kemudian beliau berdoa, “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa” (Ya Allah, dengan nama-Mu aku mati dan hidup).
Setelah bangun beliau berdoa, (Terjemahan : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan-Nya dan kepada-Nya kami akan bangkit kembali.” [1734]
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 Kali, Alhamdulillah 33 Kali, Allahuakbar 33Kali.
4. Membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. Apa itu surah yang bermula dengan Qul? Iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falaq, Surah al-Kafirun & Surah al-Ikhlas. Semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
9.Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca surah al-Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.
10.Tutup aurat ketika tidur.
Dari Abu Salim r.a : Nabi saw bersabda, “Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu.”
Dalam riwayat lain disebutkan juga agar mengunci pintu, tutup tempat simpanan air dan menyimpan makanan dan minuman (tidak terdedah). Terdapat juga anjuran agar mengibas-ngibaskan tempat tidur tiga kali sambil menyebut nama Allah.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

(Terjemahan : Ya Allah, Aku tundukkan wajahku di hadapan-Mu. Ku serahkan segala urusanku kepada-Mu. Ku serahkan diriku kepada-Mu dengan penuh harap (akan pahala-Mu) dan takut akan siksa-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat melepaskan diri melainkan kepada-Mu jua. Aku beriman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan dengan Nabi-Mu yang diutus).
Amalan Sebelum Tidur Mengikut Sunnah
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.
Dari Huzaifah r.a, katanya : Nabi saw ketika membaringkan diri di tempat tidur di malam hari, beliau letakkan tangannya di bawah pipinya (mengereng ke kanan) kemudian beliau berdoa, “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa” (Ya Allah, dengan nama-Mu aku mati dan hidup).
Setelah bangun beliau berdoa, (Terjemahan : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan-Nya dan kepada-Nya kami akan bangkit kembali.” [1734]
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 Kali, Alhamdulillah 33 Kali, Allahuakbar 33Kali.
4. Membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. Apa itu surah yang bermula dengan Qul? Iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falaq, Surah al-Kafirun & Surah al-Ikhlas. Semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
9.Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca surah al-Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.
10.Tutup aurat ketika tidur.
Dari Abu Salim r.a : Nabi saw bersabda, “Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu.”
Dalam riwayat lain disebutkan juga agar mengunci pintu, tutup tempat simpanan air dan menyimpan makanan dan minuman (tidak terdedah). Terdapat juga anjuran agar mengibas-ngibaskan tempat tidur tiga kali sambil menyebut nama Allah.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
2 Comments
Assalamualaikum aynora, terima kasih berkongsi amalan sunnah ni. alhamdullilah. memang diamalkan ~~~
ReplyDeletewaalaikumussalam...ya sheila bagus untuk amalan harian
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.