Cara Daftar Applikasi Sistem Permohonan Rumah Johor - Kerajaan Negeri Johor telahpun membuka pendaftaran kepada seluruh rakyat Johor khasnya untuk memiliki rumah mampu milik pada harga-harga tertentu dan sesuai untuk golongan tertentu mengikut kelayakan masing-masing.
Kategori Rumah Mampu Milik Negeri Johor
1. Rumah Kos Rendah Kategori 1 - Harga RM25,000-00
2. Rumah Kos Rendah Kategori 2 - Harga RM28,000-00
3. Rumah Kos Rendah Kategori 3 - Harga RM30,000-00
4. Rumah Kos Rendah Kategori 4 - Harga RM35,000-00
5. Rumah Komuniti Johor Pakej A - Harga RM42,000-00
6. Rumah Komuniti Johor Pakej B - Harga RM80,000-00
7. Rumah Mampu Milik Johor - Harga Dari RM120,000 - RM220,000-00
Panduan mengisi borang permohonan rumah mampu milik Negeri johor
- Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut.
- Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
- Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
- Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
- Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
- Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
- Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh
- Setiap perubahan/kemaskini maklumat hendaklah dirujuk ke Pentadbiran ini
Cara Daftar Applikasi Sistem Permohonan Rumah Johor
1. Isikan maklumat anda sebagai pemohon
2. Isikan maklumat penuh pasangan anda (jika telah berkahwin). Jika belum ada ikatan tidak boleh membuat permohonan bersama.
3. Isikan maklumat alamat surat menyurat yang betul dan juga nombor telefon yang boleh dihubungi. Jika nombor telefon PALSU, mungkin permohonan akan ditolak.
4. Masukkan butiran peribadi anda seperti jantina, tarikh lahir, keturunan dan sebagainya. Anda juga perlu memasukkan maklumat perihal gaji anda dan pasangan. Tujuannya untuk mengukur kelayakan anda memperolehi jenis-jenis rumah yang ditawarkan. Gaji maksimum yang layak memiliki sesuatu jenis rumah yang berkenaan adalah RM6,000 untuk pendapatan isirumah.
5. Akhirnya, selepas mengisi semua maklumat, sila sahkan borang anda dengan memasukkan kod pengesahan yang dipaparkan. Kemudian, tekan butang HANTAR PERMOHONAN. Anda selesai!
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.2. Berkahwin / bujang layak memohon
3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
6. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah dihantar ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
8. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
**Sumber
p/s: Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan terus ke alamat berikut: erumah.johor.gov.my
11 Comments
Assalamualaikum, buat masa skrg kami suami isteri dah mohon lot rumah dekat felcra Paloh. suami baru lepas kena panggil interview pasal lot rumah tu.. harap2 ada rezeki baby, nak duduk kampung. singgah menabung huawei sini~~~
ReplyDeleteWaalaikumussalam Sheila, tahniah ek, moga berjaya. In sha Allah...tq menabung kat sini
ReplyDeletesalam.. boleh saya tau macam mane surt akuan sumpah..
ReplyDeletedulu saya pernah buat permohonan rumah mampu milik ni.. tpi menggunakan borang manual..
Setelah siap dokumen baru pergi pejabat angkat sumpah dan cop..
so, kalau mohon melalui online macam mana pula ye..and macam mana kite nak tahu yang kite daftar online ni berjaya..takut nanti dah bawak dokumen ke pejabat SUK tak ade dalam senarai plak
Wa'salam dear...
DeleteContoh surat akuan sumpah boleh tengok link ini: http://www.bheuu.gov.my/portal/pdf/Akta/CONTOH%20SURAT%20AKUAN%20BERSUMPAH%2029012014.pdf
Tak mengapa dah daftar online, hantar dokumen original juga sebagai semakan dan rekod SUK. Sebagai bukti minta dia orang sahkan penerimaan borang tersebut.
Sorry nak tnya..kt blh apply bnyk kali.mksdnya masa 1st time apply tu xanta doc kat suk smpai expired.pastu re apply lg..blh ke ek?
ReplyDeleteBoleh..re apply dan submit printed doc semula ke SUK. Semoga berjaya.
DeleteKalau bujang memang kat akuan sumpah tu..pendapatan kosong ke ek.sbb sy dah key in gaji..tetiba tgk akuan sumpah..pendapatan bulanan jd 0
ReplyDeleteHi,,kalau i nak buat perubahan maklumat,,macam mane ehhh???boleh kasih tolong i tak?terima kasih
ReplyDeleteSaya nak tanya .. doc sokongan macam mana ea ?? contonya ??
ReplyDeleteHai..sy sue..sy nak tny..sy ad daftar erumah johor tp xde respon pn smpai skrg..sy nk tny kalau sy da siap sume syarat permohonan rumah tu then sy anta kt nusajaya adakah permohonan sy akn ditolak??mksud nye hanya kne mohon dkt online sje..boleh bg bantu dari segi jawapn ni tak..sy agk risau bab ni..tq ye..
ReplyDeleteAnda kena daftar online, kemudian print/cetak dokumen tersebut. Yang fizikal dokumen kena hantar ke nusajaya @ UTC pun boleh. T.kasih..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.