Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Gaji Doktor Paling Tinggi Untuk Junior Eksekutif

Gaji Doktor Paling Tinggi Untuk Junior Eksekutif - Tahniah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan amat cemerlang. Kini tiba masanya untuk anda menceburi bidang pekerjaan dan menyahut cabaran dunia realiti. Harus ada semangat yang kental dan persediaan mental dan fizikal untuk bersaing.

Gaji Doktor Paling Tinggi Untuk Junior Eksekutif 



Sumber: Jobstreet.com


Menurut kajian yang dijalankan oleh AC Nielsen, pencari kerja di Malaysia melihat gaji yang ditawarkan sebagai perkara utama yang dipertimbangkan apabila mencari pekerjaan. Pemohon kerja biasanya ingin tahu jika gaji yang ditawarkan untuk sesuatu pekerjaan itu memenuhi tuntutan mereka.

Jadi, sebagai rujukan kepada pencari kerja, anda boleh menyemak dan mendapatkan panduan berkenaan senarai gaji yang bersesuaian dengan kelulusan anda dan bidang yang dipelajari semasa di universiti.

Portal dalam talian jobstreet juga mendedahkan hasil kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa senarai sepuluh teratas gaji yang tinggi bagi jawatan junior eksekutif didominasi oleh bidang kerjaya berasaskan sains dan teknikal.

Berikut adalah senarai pekerjaan dengan purata gaji tertinggi di semua peringkat kedudukan berdasarkan gaji diberikan oleh majikan kepada kajian oleh JobStreet.com dari 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.

1. Doctor - RM3,899-00
2. Prosess Design & Control - RM3,800-00
3. Corporate Strategy - RM3,729-00
4. Sales - Financial Services - RM3,606-00
5. Engineering - Oil & Gas - RM3,500-00
6. Finance - Corporate Finance - RM3,500-00
7. Pharmacy - RM3,470-00
8. Aviation - RM3,475-00
9. IT - Software - RM3,398-00
10. Legal Services - RM3,396-00


Daripada senarai di atas, ternyata gaji doktor berada di kedudukan teratas sebagai kerjaya yang mendapat gaji paling tinggi bagi seorang junior eksekutif. Namun apa yang penting adalah bekerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab serta gunakan ilmu yang dipelajari ketika di universiti dengan cara yang betul. In sha Allah, kejayaan akan mengiringi anda.

Good luck!


Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Gaji RM3,000 kat Malaysia ni dah makin kecik rasanya. Harga barang makin mahal, gaji sejak dari tempoh 30 tahun dahulu tak banyak meningkat. Pening kepala nak tambah pendapatan sampingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah nasib rakyat dalam negara yang sedang menuju negara maju, yg miskin makin mundur...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close