Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jenis Makanan Yang Boleh Mengawal Penyakit

Jenis Makanan Yang Boleh Mengawal Penyakit - Pernah tak anda dengar pepatah ini, 'kita adalah apa yang kita makan'? Pada zaman sekarang banyak sangat makanan yang mengandungi bahan kimia dan campuran bahan perisa serta kandungan gula yang tinggi. Dengan tiga asas penyebab penyakit terkandung di dalam makanan yang kita makan, ia membawa risiko yang bukan sedikit terhadap kesihatan tubuh badan kita.

Gambar Hiasan


Jadi, mari kita kenali jenis makanan yang mengawal penyakit sekaligus mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita.

Jenis Makanan Yang Mengawal Penyakit

Asparagus

Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda.

Cendawan

Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.

Pisang

Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet.

Bawang

Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Oat

Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

Elakkan pengambilan kabohidrat, gula dan lemak yang tinggi dalam makanan kita. Apa salahnya kita melatih diri mengambil makanan di atas seperti pisang, oat dan bawang yang boleh membantu kita lebih cepat kenyang dan bertenaga.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close