Kebencian Itu Boleh Membunuhmu! - Sifat marah mudah sahaja hinggap di hati kita yang bergelar manusia yang tidak maksum sifatnya. Kita adalah insan yang lemah. Manusia yang tidak sempurna. Bila sudah marah-marah maka timbullah kebencian yang bermaharajalela!
Antara ciri-ciri orang yang lemah jiwanya adalah:
~ Suka memuji diri dan ingin selalu dipuji
~ Rasa riak dan bangga apabila berjaya
~ Ego atau sombong yang berlebih-lebihan
Orang yang tidak berjaya rasa kecewa, kemuncaknya putus asa begitulah lemah jiwanya. Apabila tidak mendapat apa yang diinginkan, jiwanya akan memberontak dan cemburu dengan kekuatan manusia lainnya. Bila timbul cemburu datanglah pakej lengkap kawan syaitan iaitu rasa benci. Tahukah anda sifat benci itu amatlah merbahaya. Ia boleh membunuhmu secara senyap! Mematikan semua sifat baik yang kamu sembunyikan selama ini. Lalu jiwa kamu semakin lemah.
Orang yang lemah amat berbeza dengan orang yang kuat jiwanya. Orang yang kuat kerana hubungannya yang kuat dengan Allah. Antara orang yang kuat jiwanya adalah mereka yang selalu bersyukur, bersangka baik sesama mereka dan menjaga silaturrahim. Alangkah beruntungnya jika kita mampu menjadi kuat jiwa dan pegangan kita terhadap yang Maha Esa.
Sebuah hadis daripada Nabi SAW,
Kebencian itu terlahir dari sifat marah. Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain. Kan benar saya kata, marah dan benci boleh membunuhmu!
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).
Antara ciri-ciri orang yang lemah jiwanya adalah:
~ Suka memuji diri dan ingin selalu dipuji
~ Rasa riak dan bangga apabila berjaya
~ Ego atau sombong yang berlebih-lebihan
Orang yang tidak berjaya rasa kecewa, kemuncaknya putus asa begitulah lemah jiwanya. Apabila tidak mendapat apa yang diinginkan, jiwanya akan memberontak dan cemburu dengan kekuatan manusia lainnya. Bila timbul cemburu datanglah pakej lengkap kawan syaitan iaitu rasa benci. Tahukah anda sifat benci itu amatlah merbahaya. Ia boleh membunuhmu secara senyap! Mematikan semua sifat baik yang kamu sembunyikan selama ini. Lalu jiwa kamu semakin lemah.
Kebencian Itu Boleh Membunuhmu!
Orang yang lemah amat berbeza dengan orang yang kuat jiwanya. Orang yang kuat kerana hubungannya yang kuat dengan Allah. Antara orang yang kuat jiwanya adalah mereka yang selalu bersyukur, bersangka baik sesama mereka dan menjaga silaturrahim. Alangkah beruntungnya jika kita mampu menjadi kuat jiwa dan pegangan kita terhadap yang Maha Esa.
Sebuah hadis daripada Nabi SAW,
“Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh ALLAH daripada Mukmin yang lemah. Pada setiap perkara ada kebaikan. Tekunlah kamu atas sesuatu yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan kepada ALLAH dan janganlah kamu berputus asa. Jika kamu ditimpa sesuatu bencana, janganlah berkata : “Kalaulah aku berbuat demikian, maka akan menjadi demikian, demikian.” Akan tetapi berkatalah ALLAH telah mentakdirkan dan barang yang dikehendaki ALLAH, pasti ALLAH lakukan. Kerana kata-kata “kalau” dapat membuka perbuatan syaitan.” – Hadis Riwayat Imam Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).
Jadi bersujudlah jika kamu merasa marah. Dengan menundukkan diri, jiwa rasa tenteram.
2 Comments
Assalamualaikum aynora, sebolehnya sekarang nak bersikap positif. nak buang jauh2 rasa benci pada orang.. in shaa Allah.. singgah menabung YES~~~
ReplyDeletewasalam...preggy woman kena selalu bersikap positif tau..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.