Drama Korea Goddes of Marriage - Siri drama korea terbaru yang akan menggantikan Birth Secret yang telahpun tamat baru-baru ini. Drama Korea Goddess of Marriage adalah sebuah drama romantis yang berkisar tentang empat wanita terlibat dalam pelbagai peringkat cinta dan perkahwinan. Song Ji Hye mendapati dirinya terperangkap dalam cinta tiga segi, manakala Hong Hye Jung berjuang untuk merebut haknya sebagai menantu dari keluarga yang disegani, Song Ji Sun merupakan "supermom" yang mengawal suaminya yang agak lembut orangnya manakala Kwon Eun Hee menghadapi masalah dengan suaminya yang tidak setia.
Sebuah drama korea tentang empat orang wanita yang berada di dalam peringkat perkahwinan yang berbeza dan juga pandangan mereka tentang nilai dan falsafah sebuah perkahwinan. Sebuah drama yang penuh dengan konflik dan makna sebenar sesebuah perkahwinan. Semoga dengan menonton drama ini banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebagai tauladan.
1. Song Ji Hye (Nam Sang Mi), seorang penulis radio yang agak tegas, mengimpikan cinta yang ideal tetapi mendapati dirinya terlibat dalam cinta tiga segi di antara dua lelaki yang baik, iaitu seorang arkitek Kim Hyun Woo (Lee Sang Woo) dan pendakwa Kang Tae Wook (Kim Ji Hoon).
2. Hong Hye Jung (Lee Tae Ran) pula seorang ibu kepada dua orang anak yang pernah bekerja sebagai pengacara televisyen. Beliau berkahwin dengan abang Tae Wook dan mesti menjaga penampilan dirinya demi menjaga reputasi sebagai menantu keluarga terkenal.
3. Song Ji Sun (Jo Min Soo) adalah kakak Ji Hye dan merupakan ibu kepada tiga orang anak yang mengawal/ berkuasa ke atas suaminya (Kwon Hae Hyo).
4. Kwon Eun Hee (Jang Young Nam) juga seorang isteri dan ibu yang tiba-tiba menyedari bahawa suaminya (Jang Hyun Sung) telah menipu dirinya.
Bagaimanakah reaksi keempat-empat wanita ini apabila berhadapan dengan pelbagai isu dalam kehidupan mereka?
Dibintangi oleh Nam Sang Mi,, Lee Tae Ran, Jo Min Soo dan Jang Young Nam.
Waktu siaran: Setiap Isnin - Khamis, 7.40mlm, di saluran ONE HD.

Ringkasan watak dalam Goddess of Marriage

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.