Petua membuat bancuhan tepung goreng pisang yang rangup - Tentu anda pernah mengalami masalah yang sama seperti saya. Bermacam-macam cara yang kita lakukan agar tepung bancuhan untuk menggoreng pisang,sotong atau udang sentiasa rangup Dan garing. Betul tak? Jadi bagaimanakah kita boleh mengekalkan kerangupan tepung tersebut.
Okey, Saya ada caranya. Jangan pening-pening ya cik aka dan cik adik sekalian...he he
Saya ambil dari sumber internet dan daripada pengalaman kawan-kawan, dan saya rasa cara-cara di bawah yang paling mudah dan cepat.
1. Tidak perlu dicampur dengan tepung lain (tepung beras atau tepung goreng segera). Caranya senang sangat. Masukkan secawan air ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga satu sudu kecil garam dan secubit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Akhir sekali masukkan secawan tepung gandum. Kisar kesemuanya sehingga sebati (anggaran seminit). Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam mangkuk dan bolehlah digunakan untuk menyalut pisang, keledek dan sebagainya yang akan digoreng. InsyaAllah, hasilnya tidak akan mengecewakan.
2. Campurkan tepung gandum, dengan air garam serta pewarna kuning atau serbuk kunyit. Semasa minyak untuk menggoreng telah panas, ceduk sedikit kedalam bancuhan tepung tadi. In sha Allah bahan yang digoreng seperti pisang, keledek dan sebagainya akan lebih ranggup dan lembut.
Selamat mencuba!!
Gambar hiasan |
Saya ambil dari sumber internet dan daripada pengalaman kawan-kawan, dan saya rasa cara-cara di bawah yang paling mudah dan cepat.
Petua membuat bancuhan tepung goreng pisang yang rangup
1. Tidak perlu dicampur dengan tepung lain (tepung beras atau tepung goreng segera). Caranya senang sangat. Masukkan secawan air ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga satu sudu kecil garam dan secubit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Akhir sekali masukkan secawan tepung gandum. Kisar kesemuanya sehingga sebati (anggaran seminit). Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam mangkuk dan bolehlah digunakan untuk menyalut pisang, keledek dan sebagainya yang akan digoreng. InsyaAllah, hasilnya tidak akan mengecewakan.
Selamat mencuba!!
11 Comments
wah boleh cube nie.. thanx sharing..anis memang xtau care utk rangupkan pisang goreng nie..huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum aynora, wahh nice tips. baru tahu.. selama ni main adun je asalkan boleh menggoreng.. heee
ReplyDeleteNice sharing... Blh cuba nnt...
ReplyDeletelol guna t.gandum je ye? xpyh tepung beras? hmm nt nk try lah
ReplyDeleteBOLEH TRY DEAR..
DeleteMudahnya...insyaAllah saya akan cuba :)
ReplyDeletememang mudah, selamat mencuba.
Deletewah nak cuba ni
ReplyDeleteSilakan dicuba K Gojes
DeleteSinggah (^^,) Boleh cuba nanti...
ReplyDeleteJemput join : SNM Bloglist Batch 1
Love, SNM
Insyaa Allah ☺
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.