Teruskan kehidupan dengan positif | Catatan yang saya kongsikan dalam artikel berbentuk motivasi ini saya pinjam dari majalah comel kesukaan saya iaitu Mastika. Berharap dengan adanya kata-kata atau perbuatan yang berbentuk positif, kita hidup ke arah yang lebih bermakna. Betul tak?
Ia adalah kisah bagaimana seorang pemuda memotivasikan dirinya sendiri walau sebesar manapun masalah tersebut. Setiap hari dia akan memulakan harinya dengan senyuman dan wajah yang ceria. Biar sebesar manapun masalah dan cabaran yang dilaluinya semalam...
Apakah yang dilakukan oleh pemuda tersebut untuk kelihatan ceria selalu?
Ada seorang pemuda. Hidupnya selalu nampak bahagia. Riaknya sentiasa tenang. Walau apapun cabaran datang menduga, dia masih boleh tersenyum.
Sebenarnya pemuda itu ada dua buah bakul kecil. Satu bakul kecil di letakkan di dalam biliknya. Dan bakul yang dilubangkan di tengah-tengah di letakkan di luar tingkap biliknya.
Setiap hari apabila pulang dari kerja pemuda itu akan mencatatkan perkara yang berlaku pada sekeping kertas. Jika perkara itu sesuatu yang membanggakan, dia akan memasukkan kertas itu ke dalam bakul di dalam biliknya. Manakala untuk kertas yang mengandungi catatan yang menyakitkan seperti cacian, hinaan, dimarahi dan sebagainya, pemuda itu masukkannya ke dalam bakul yang terletak di luar tingkap.
Keesokkannya sebelum pergi bekerja, pemuda itu akan mengambil kertas di dalam bakul dan membacanya semula. Catatan yang mengandungi perkara positif itu akan menggembirakannya. Ini membuatnya kembali tersenyum dan tenang. Kemudian diseluk pula bakul yang diletakkan di luar tingkap. Bakul itu kosong! Segala perkara yang menyedihkan dan menganggu hidupnya telah jatuh, hilang atau terbang di bawa angin entah kemana...
Jadi dia tidak perlu lagi membaca perkara yang buruk-buruk yang telah berlaku dalam hidupnya.
Oleh kerana itu dia boleh memulakan hari baru setiap hari dengan wajah yang tenang dan perasaan yang gembira.
Itulah rahsianya! Begitu juga kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah diatas. Hidup harus diteruskan dengan fikiran dan perkara-perkara yang positif. Tinggalkan perkara menyedihkan, rendah diri, cacian dan pelbagai perkara negatif di belakang.
Selamat berjaya dalam hidup! #info Semasa terkini

Semalam adalah kenangan. Esok pula penuh dengan harapan. Jalani hari ini dengan penuh kebahagiaan.
Selamat berjaya dalam hidup! #info Semasa terkini
4 Comments
Positif! ;)
ReplyDeleteExactly! Move on...
DeleteKurang sikit rasa gundah gulana bila baca. Tenkiu atas perkongsian
ReplyDeleteSame-same sdr..;))
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.