Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Timun Dan Kurma Segar Sebagai Pemakanan Sunnah

Khasiat Timun Dan Kurma Segar Sebagai Pemakanan Sunnah - Timun memang banyak khasiatnya, begitu juga dengan kurma terutamanya yang segar kerana ia mengandungi serat yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh.

Mengapakah makan kurma segar bersama-sama timun dikatakan pemakanan sunnah? Mari kita baca penerangannya yang saya rangkumkan dari beberapa sumber.

Kebaikan Timun Dan Kurma Segar daripada Al-Quran Surah Al Baqarah[ 2:61 ];


Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan kacang dalnya, serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya) dan Mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Khasiat Timun Dan Kurma Segar Sebagai Pemakanan Sunnah

Khasiat Timun Dan Kurma Segar Sebagai Pemakanan Sunnah

Menurut Abu Isa al-Tirmidzhi: Ianya hadith hasan lagi shahih lagi gharib. Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.

Ketahuilah bahawa makan timun Arab dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti dengan mentimun, maka barangsiapa membiasakan diri dengan makan mentimun dengan kurma masak boleh menguatkan badan, kerana timun Arab mempunyai khasiat padanya untuk menguatkan badan, selain itu juga ianya dapat menghilangkan dahaga, mendatangkan kekuatan tenaga bagi sesiapa yang menghidunya kerana padanya terdapat bau yang harum, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya tidak mudah busuk dan rosak.

Manakala kurma itu pula sifatnya panas pada peringkat pertama dan lembap pada peringkat kedua, ianya dapat memberi kehangatan terhadap makanan yang sejuk, akan teapi menyebabkan dahaga dan lekas menjadi busuk dan rosak, selain itu ianya boleh mengeruhkan darah dan menyebabkan pening kepala. Begitulah sifat kedua-duanya itu yang mana saling berlawanan antara satu sama lain, yang mana timun itu bersifat sejuk manakala kurma itu bersifat panas.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.

Menurut Ibn al- Qayyim timun amat bermanfaat jika dimakan dengan kurma. Dalam kajian mengenai perubatan sunnah, ulama besar Ibn al- Qayyim menyebut khasiat timun. Beliau memetik hadis nabi berkaitan bahawa Rasulullah (s.a.w) menggunakan timun (qiththa) dan kurma segar (rutab) sebagai salah satu cara pengubatan. [Tirmidhi At'ima 37]

Ibn al- Qayyim berkata timun mempunyai manfaat kesihatan seperti berikut:

1. Menghilangkan dahaga, menenangkan radang perut dan bermanfaat untuk sakit pundi kencing.

2. Beliau juga berkata timun boleh dimakan dengan sesuatu seperti kurma, kismis atau madu, kerana ini akan membetulkan kesan tidak sihat ke atas perut (perut tidak selesa).

Fakta Timun


Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak, dan 2.2% karbohidrat. Selain itu, juga mengandung zat bermanfaat lain, seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Kerana banyak mengandungi bahan penting itu, timun sangat baik digunakan sebagai tonik (menjaga kesihatan). Subhanallah, sebelum penelitian pada zaman modern sekarang, Alquran dan Hadits sudah membuktikan khasiat dan manfaatnya

1. Timun ( Cucumis sativus ) tergolong dalam keluarga yang sama seperti tembikai, zucchini, labu, dan lain-lain yang sejenis dengannya. Terdapat dua jenis utama timun; timun yang ditanam untuk dimakan secara segar dan timun yang ditanam untuk dibuat jeruk, seperti gherkins.

2. Kandungan timun adalah terdiri daripada kira-kira 95% air, tetapi ia juga mengandungi Vitamin C dan asid caffeic, yang merupakan sebatian semula jadi yang dikatakan sebagai merawat kanser. Kulit timun yang kaya dengan serat mengandungi pelbagai mineral berfaedah seperti silika, kalium dan magnesium.

3. Silika dalam timun merupakan komponen penting sebagai tisu penghubung yang sihat, termasuk untuk otot, tendon, ligamen, rawan dan tulang.

4. Kandungan air yang tinggi dalam timun menjadikannya sebagai sumber penghidratan secara semula jadi, dan timun biasanya digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit, termasuk bengkak di bawah mata dan pelupasan kerana matahari.

5. Kedua-dua sebatian yang ada dalam timun iaitu asid askorbik (Vitamin C) dan asid caffeic, mencegah pengekalan air yang mungkin menjelaskan mengapa timun sering disapu pada membantu untuk mata bengkak, terbakar dan dermatitis.

6. Mereka yang mengambil bahagian dalam kajian DASH ( Pendekatan Pemakanan untuk Menghentikan Hipertensi), mendapati bahawa menambah makanan yang tinggi kalium, magnesium dan serat, seperti timun, dapat mengurangkan tekanan darah tinggi kepada tahap yang lebih stabil.

Lain-lain rujukan, http://www.aynorablogs.com/2012/12/timun-dan-khasiatnya.html

Tips Memilih Timun

1. Pilih timun yang tegas, bulat di tepi dan yang yang cerah kepada warna hijau gelap.

2. Kulit timun yang nipis umumnya akan mempunyai kurang biji daripada yang kulit lebih tebal.

3. Timun perlu disimpan di dalam peti sejuk di mana ia akan mengekalkan kualitinya dalam beberapa hari.

4. Banyak timun mempunyai kulit yang disembur bahan kimia, dan ia perlu dikupas sebelum makan supaya tidak terkena racun yang terdapat pada kulit timun tersebut.

Semoga bermanfaat. 

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. Tak perasan banyak juga manfaat buah ketimun

    ReplyDelete
  2. sejak saya berada di Miri, pertama kali saya makan timun yang dimasak dengan cili ala2 sayur goreng pedas. Not bad rasanya.. hehehe..

    sabdapelangi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, haha, timun...
    erm...sejak dari saya duduk rumah sewa time belajar, sebab tak reti nak masak yang komplex, jadi, sayuran utama saya hanyalah timun yang dijadikan ulam, beserta lauk-pauk yang lain.
    sehinggalah sekarang, jadi sudah 5 tahun saya menjadikan timun sebagai sayur ulam saya.
    pernah kawan datang rumah, saya masakkan lauk baginya,
    dan saya tanya, "nak sayur tak?"...
    "nak", kata kawan saya...
    lalu saya berikan timun dan pisau padanya...
    haha, serius...
    erm..saya tak tahu apa khasiatnya selama 5 tahun saya amalkannya...
    tapi, rasanya betul, ianya menghilangkan lingkaran hitam bawah mata, sebab saya tak pernah ada lingkaran hitam tersebut walaupun setiap hari study dari jam 1.30am ~ 5am.
    satu lagi, awet muda...ramai yang teka umur saya 10 tahun lebih muda dari umur sebenar...
    yang pasti, saya jarang jatuh sakit...alhamdulillah.
    #blogspot:rawatankanser2013

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close