Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

1001 Cara Menjadi Hebat

1001 Cara Menjadi Hebat - Apa yang ingin saya kongsikan bukanlah mahu menyenaraikan 1001 cara menjadi hebat sebaliknya ia merupakan kata-kata motivasi dan pemangkin semangat kepada diri sendiri bahawa ada banyak cara untuk menjadi hebat!

Manusia dilahirkan dengan kelebihan yang luarbiasa yang tidak dimiliki oleh makhluk lain di muka bumi ini iaitu dikurniakan akal untuk boleh berfikir. Justeru, untuk menjadi hebat dan berjaya gunakanlah akal dengan semaksimum mungkin dengan cara yang betul dan hala tuju yang jelas.

Manusia hebat kerana akalnya. Manusia hebat kerana kejayaannya. Manusia menjadi hebat kerana perjuangannya. Dan, manusia yang hebat di sisi Allah adalah orang yang masih boleh memaafkan walau ketika dia berdaya untuk membalasnya! Manusia hebat yang berjaya tidak pernah berhenti bertaubat kepada Allah...

1001 Cara Menjadi Hebat


Mari kita lihat cara-cara menjadi hebat dan boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua. Orang hebat bukanlah lahir sehari dua sebaliknya mereka telah jatuh berkali-kali sebelum bangkit semula.



1. Niat dan Yakin

Untuk menjadi orang yang hebat diperlukan niat dan keyakinan yang kuat.. seperti yang terdapat pada hadis shahih riwayat Bukhari Muslim, “Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan sesuai apa yang diniatkan".

Niat umpama sebuah dorongan dari dalam hati, walaupun agak nampak kecil jasanya, tetapi dari niat itulah boleh menghasilkan harapan yang besar. Setelah kita menanam niat untuk menjadi hebat kemudian kita harus yakin dan PASTI BOLEH!! Jangan pernah terlintas pun dihati kita yang kita tidak boleh menjadi hebat. Hanya waktu yang akan menentukan bilakah kejayaan dapat dicapai setelah berbagai usaha kita lakukan.

2. Bersikap Rendah Hati

Sikap rendah hati merupakan sebuah kekuatan dan bukanlah sebaliknya. Hanya orang yang kuat jiwanya yang boleh bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Tidak semua orang mampu menjadi hebat dengan sikap rendah hati apatah saat kekayaan menyelimuti diri.

3. Berfikiran Positif

Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kaca mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bercakap mengenai harapan daripada berputus asa, lebih suka mencari penyelesaian daripada kecewa tak tentu pasal, lebih suka memuji daripada mengecam dan sebagainya. Bukankah itu hebat namanya?

4. Bertanggung jawab

Orang yang bertanggung jawab akan melaksanakan kewajibannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari orang lain untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Untuk menjadi orang yang hebat, dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya. Kita semua pasti boleh menjadi manusia hebat dengan mengamalkan sikap tanggungjawab ini.

5. Ikhlas

Keikhlasan membuatkan orang dipersekitaran kita merasa senang hati dan dihargai kerana yakin tidak akan dibohongi. Orang yang ikhlas selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, berpura- pura, mencari-cari alasan atau memutarbelitkan fakta.

6. Berjiwa Besar

Cara menjadi hebat seterusnya adalah berjiwa besar. Besarnya jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tabah, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan berputus asa.

7. Setia

Wah!! Setia pun boleh menjadikan kita hebat. Tetapi setia kepada siapa? Kesetiaan sudah menjadi faktor utama juga untuk menjadi hebat dan sangat tinggi harganya. Orang yang setia selalu boleh dipercayai dan diharapkan. Dia selalu menepati janji, memiliki komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak suka berkhianat. Maksudnya, setia terhadap apa juga tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

8. Percaya Diri

Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.




9. Selalu Ceria

Orang yang ceria adalah orang yang bisa menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia boleh menyesuaikan diri dengan sesetengah situasi, santai dengan orang lain ceria juga pada dirinya sendiri. Mereka mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain. Bukankah hebat jika kita boleh mendorong orang lain menjadi hebat?

10. Easy Going (tidak Kisah)

Orang yang easy going menganggap hidup ini ‘ringan’. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil atau berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mau khawatir dengan masa depan. Dia tidak mau pusing dan stres dengan masalah-masalah yang berada di luar kontrolnya.

11. Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga boleh menempatkan diri pada posisi orang lain. Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

12. Menentukan impian

Setiap orang pasti mempunyai impian dalam kehidupan pribadi, karier atau bisnis. Impian menjadi inspirasi sekaligus motivasi kita untuk tetap semangat melakukan tindakan dan bertahan melawan rintangan setiap hari. Karenanya, segera merancang impian masa depan, sesuai dengan pengalaman, kemampuan, hobi, dan obsesi Anda.

Ketika menentukan impian, pastikan anda juga menetapkan tempoh tertentu, bila impian tersebut harus berjaya dicapai. Impian tanpa batas waktu tidak menjadikan anda orang hebat, tetapi menjadikan anda orang yang sekadar bermimpi!

13. Membuat keputusan

Ramai orang yang memiliki impian hebat, contohnya menjadi usahawan yang kaya raya, ilmuwan ternama kerana berjaya dalam sesuatu penyelidikan, menjadi pemimpin hebat dan sebagainya. Tetapi hanya sebahagian kecil yang benar-benar berjaya menjadi orang hebat di bidang masing-masing. Sedangkan mereka yang tidak berjaya bukan kerana impian mereka kurang hebat, tetapi mereka suka melengah-lengahkan masa dalam membuat keputusan untuk melakukan tindakan-tindakan yang wajar agar impian mereka segera menjadi kenyataan.

Oleh itu, usahlah bertangguh!

14. Memupuk keberanian

Kejayaan besar pasti diikuti risiko yang besar pula. Contohnya, anda ingin menjadi kontraktor hebat, anda juga harus berani menanggung risiko kenaikan bahan mentah, inflasi yang mempengaruhi daya beli masyarakat, kenaikan kadar faedah bank, bankrupsi dan sebagainya. Jangan buang masa anda untuk jadi pemenang dalam persaingan tersebut. Lakukan sesuatu yang luar biasa dan lepaskan rasa ragu-ragu pada kemampuan diri sendiri. Ahli bijak pandai membuktikan bahawa kekalahan seseorang bukan disebabkan ia gagal bertindak, melainkan ia tidak berani bertindak.

15. Aktif melakukan tindakan

Tidak akan ada perubahan atau kemajuan, kecuali anda melakukan tindakan. Ramai orang membuat rancangan yang cantik dan canggih, tetapi tidak pernah tercapai kerana mereka tidak pernah melakukan langkah-langkah yang jelas. Ada pula orang yang pintar tetapi kehidupan mereka gagal kerana mereka membiarkan rasa takut terus membelenggu hidup mereka.

16. Kerja Keras

Kerja keras adalah salah satu cara yang penting untuk menjadikan anda hebat. Contohnya, bangsa Jepun. Rahsia kehebatan mereka adalah kerja keras dan rajin. Rata-rata waktu bekerja pegawai di Jepun adalah 2,450 jam/setahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1,957 jam/setahun), Orang Inggeris (1,911 jam/tahun), Jerman (1,870 jam/setahun) dan Perancis (1,680 jam/setahun).




Seorang pegawai di Jepun mampu menghasilkan sebuah kereta dalam 9 hari, sedangkan pegawai di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama.

Dengan contoh yang jelas di atas, kita mampu membuat sesuatu perkara dalam masa yang lebih singkat dengan adanya kerja keras. Bukankah kita hebat jika dapat mengurangkan kos sesuatu perkhidmatan berbanding kos yang tinggi untuk produk yang sama?

17. Fokus

Ketika sudah ada niat dan yakin, kemudian berani mengambil keputusan. Itulah seharusnya sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi hebat. Kita harus melakukan dengan semuanya sepenuh hati. Fokus untuk membiasakan melakukan sesuatu yang bermanfaat dan dapat mengasah kemampuan kita. Ada pepatah mengatakan ala bisa tegal biasa, iaitu dengan kita terbiasa melakukan sesuatu dengan fokus pasti akan ada jalan kemudahan, 'if there is a will there is a way'.

Untuk menjadi hebat kita perlukan sokongan orang sekeliling kita juga dan kadangkala seorang musuh pun membantu kita menjadi hebat. 1001 cara menjadi hebat yang disenaraikan di atas bukanlah semestinya jaminan seseorang mesti berjaya atau hebat sebaliknya ia sebagai panduan untuk kita membina asas peribadi yang betul.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close