Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Antara Ketupat, Lemang, Lepat Dan Rendang Daging

Antara Ketupat, Lemang, Lepat Dan Rendang Daging. Mana satu yang anda capai di hari raya? Apa rasa raya anda jika salah satu hidangan itu tak ada? Atau, tiada satu pun makanan kegemaran anda? Its okay, citarasa berbeza, kita raikan perbezaan cita rasa dan cari titik persamaan, okay✌✌

Ketupat
macam dah jadi makanan mesti pada hari raya. Kemudian siapa yang rajin sikit ada terjumpa lepat. Ada pulak lemang yang dimasak di dalam buluh. Semuanya sedap-sedap belaka dan membuka selera. Sahabat baik kepada ketupat, lemang dan lepat tadi tentulah lauk sampingan yang lain seperti rendang, sambal kacang dan juga serunding daging.

Ketupat

Sejenis makanan tradisional yang menjadi juadah wajib di hari raya Aidil fitri. Jika tanpa ketupat, raya kita macam kurang serinya hinggakan ada yang sanggup memasak nasi impit atau ketupat segera sebagai pengganti.




Ketupat dimasak di dalam daun kelapa muda yang dianyam dalam pelbagai bentuk seperti bawang, jantung, empat segi yang juga dipanggil ketupat satay dan banyak bentuk lagi. Kemudian daun ketupat yang siap dianyam dimasukkan beras di dalamnya dengan sukatan yang betul. Rebus selama lebih kurang 4 jam dengan api yang terkawal.

Dalam keluarga Kami, saya handal menganyam pelbagai bentuk ketupat antaranya ketupat bawang, ketupat jantung, ketupat sate, ketupat bantal dan lain-lain lagi. Hihi...

Lepat

Cara membuat lepat juga menggunakan daun kelapa muda tetapi menggunakan tali rafia untuk mengikat pulut yang telah diisi di dalamnya.




Caranya ialah dengan mencampur semua bahan, lepaskan lidi/tangkat daun kelapa lalu gulung helai daun membentuk cerobong diameter 3 cm, semat salah satu hujungnya dengan lidi. Kemudian masukkan campuran pulut lebih kurang 1 cm dari tepi daun rapatkan dan ikat
dengan tali rafia agar isi tak keluar ketika direbus. Susun dalam periuk rebus selama 2-3 jam.

Lemang

Lemang pula disediakan menggunakan buluh.  Basuh beras pulut dan toskan airnya. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.




Masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
Kemudian bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa. (Sumber: wikipedia, wiki books)

Rendang Daging

Kebiasaan kami akan makan ketupat, lemang atau lepat dengan rendang daging yang dimasak dengan cili padi. Jadilah namanya rendang cili padi. Selain itu juadah raya di atas juga boleh dimakan dengan rendang kunyit dan sambal kacang. Terpulang kepada padanan lauk kesukaan masing-masing.

Namun begitu, anda tidak digalakkan memakan ketupat, lemang dan lepat dalam masa serentak kerana kandungan lemak, kaborhidrat dan berminyak boleh menganggu tahap kesihatan kita terutamanya pada musim perayaan.

Jaga kesihatan, makan secara sihat dan sayangi keluarga serta diri kita sendiri.

Selamat menjamu selera...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close