Daun Kailan Segar Kaya Vitamin C - Pernah makan sayur kailan? Bila anda mula memakan daun kailan? Saya telah mula mengenali daun kailan ini lama dahulu hingga sayuran kailan jadi antara menu wajib dalam hidangan makan kami terutamanya jika menempah makanan laut.
Untuk info, kailan adalah sayuran yang berdaun tebal, lebar, berwarna hijau, dengan batang tebal dan sejumlah kecil pucuk bunga berukuran kecil hampir mirip dengan bunga pada brokoli.
Daun Kailan Segar Kaya Vitamin C
Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran kailan segar kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan kailan dan sayur krusifer jenis lain akan kurang risiko terkena kanser kolon, paru-paru dan payudara.
Sayuran kailan yang segar, kaya dengan Vitamin C baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin C dalam sayur kailan juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tisu, kesihatan kulit , menjaga kesihatan system penghadaman dan perkembangan mata.
Dalam sayur kailan juga terdapat Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta carotene, alpha carotene, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata.
Tahukah anda, jika makan sayur kailan 100 gram sehari boleh mencukupkan seprtiga keperluan vitamin A pada tubuh kita.
Resepi Kailan Goreng Belacan
Bahan-bahan:
1 ikat daun kailan segar
2 inci belacan - ditumbuk
5 batang cili padi - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan gula
Cara memasak:
1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik baunya.
2. Masukkan sos tiram
3. Masukkan daun kailan segar yang telah dicuci bersih. Masak jangan layu sangat. Nanti khasiatnya berkurangan.
4. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.
kailan segar goreng belacan, ehsan google |
Tips:
1. Goreng batang kailan dahulu sebelum masukkan daun kailan. Kerana batang kailan yang agak keras memakan masa lebih lama untuk memasaknya. Kemudian baru masukkan daun kailan segar dan tumis sebentar sahaja.
Selamat mencuba. Jaga kesihatan anda, dan sayangi keluarga kita...
4 Comments
sy suka sayur kailan...tak tahu pula ianya kaya dengan vit c
ReplyDeletebagus untuk mata dan merawat kanser, rasanya ada pahit sikit tapi sedap..kan?
DeletePerkongsian yang best. Kailan sedap. Lagi2 kalau hidangan nya bersama dengan seafood. Yummy =)
ReplyDeletemoga berguna sebagai rujukan kesihatan kita...yup! kailan pun my faveret..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.