Doa Qunut Dan Sujud Sahwi - Sewaktu kecil- kecil dahulu saya sering 'sengaja' meninggalkan Doa Qunut yang dibaca dalam rakaat kedua solat subuh. Alasannya? Bukan bacaan wajib pun, dan adakala bacaan Doa Qunut pun hafal separuh jalan je...
Setelah dewasa dan memperbaiki diri sekaligus solat kita pun semakin sempurna, maka saya hafal dengan betul bacaan doa Qunut ini dan jarang sekali tertinggal atau 'malas' nak baca macam dulu-dulu..
Jika tertinggal, terlupa atau sengaja tak baca doa Qunut dalam solat subuh, kita boleh gantikan dengan sujud sahwi. Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat, tepatnya sebelum mengucapkan salam. Kata-kata sujud sahwi artinya "Sujud Lupa". Tetapi Sujud sahwi dilakukan bukan saja disebabkan lupa, juga disebabkan meninggalkan SUNNAH AB'ADH (Sunnah yang sangat ditekankan dalam solat, seperti Tasyahud Awal dan Qunut dalam solat Subuh) saja dengan sengaja pun tetap disunnahkan melakukan Sujud sahwi.
Bacaan niat sujud sahwi seperti berikut:
Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau hukumkan (qhadakkan). Maka bahawasanya Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau hai Tuhan Kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian di atas apa yang telah Engkau hukumkan. Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepada Engkau. Dan Allah sejahterakan junjungan Kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca), dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Jalani hidup dengan iman dan taqwa sambil bersederhana dalam hal keduniaan. Kepada Allah lah kita berharap.

Bagaimana jika tertinggal bacaan Doa Qunut dalam solat?

Doa Qunut Dalam Sembahyang Subuh
Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi
Maksud bacaan Doa Qunut:
Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau hukumkan (qhadakkan). Maka bahawasanya Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau hai Tuhan Kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian di atas apa yang telah Engkau hukumkan. Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepada Engkau. Dan Allah sejahterakan junjungan Kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca), dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Jalani hidup dengan iman dan taqwa sambil bersederhana dalam hal keduniaan. Kepada Allah lah kita berharap.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.