Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mahalnya Harga Sebuah Ikhlas

Mahalnya Harga Sebuah Ikhlas - Sifat ikhlas memang sangat mahal harganya! Untuk membezakan sifat ikhlas pada diri seseorang dengan sifat riak atau menunjuk-nunjuk memerlukan hati yang bersih dan redha yang amat tinggi. Dan hati yang bersih serta redha memang sukar diperolehi dengan jalan singkat.




Doa Supaya Ikhlas Dengan Amalan


Antara sahabat terbaik Rasulullah, Umar al-Khattab r.a, sering mengamalkan doa berikut agar hatinya tidak dibolak-balikkan oleh syaitan ketika melakukan amal ibadat kepada Allah.

“Ya Allah, jadikanlah seluruh amalanku amal yang soleh, jadikanlah seluruh amalanku hanya kerana ikhlas mengharap wajahmu, dan jangan jadikan sedikitpun dari amalanku tersebut kerana orang lain.”

Menyembunyikan Amal Kebaikan

Memang sukar untuk menyembunyikan amalan-amalan harian kita. Apatah lagi dalam zaman serba serbi canggih dan media sosial yang amat mudah dilayari, nilai keikhlasan sudah tidak menjadi keutamaan lagi! Sedangkan dengan menyembunyikan amalan-amalan kita itulah caranya untuk kita menjemput rasa ikhlas. Sahabat-sahabatku, amal kebaikan harus disembunyikan.

Contohnya, amalan dan syariat harian yang patut disembunyikan seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah dan lain-lain. Amal kebaikan yang dilakukan tanpa diketahui orang lain lebih diharapkan amal tersebut ikhlas, kerana tidak ada yang mendorongnya untuk melakukan hal tersebut kecuali hanya kerana Allah semata.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits,

“Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang hidup di atas ketaatan kepada Allah, laki-laki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga menitislah air matanya.” (HR Bukhari Muslim).

Apabila kita perhatikan hadits tersebut, kita dapati bahawa di antara sifat orang-orang yang akan Allah naungi kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang melakukan kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda,

“Sesungguhnya sebaik-baik solat yang dilakukan oleh seseorang adalah solat yang dilakukan di rumahnya kecuali solat wajib.” (HR. Bukhari Muslim)

Semoga kita semua mampu memiliki sifat ikhlas seperti yang diajarkan di atas. Sifat ikhlas amat sukar untuk diterapkan dalam diri selagi kita masih ada rasa hasad dan dengki sesama manusia lainnya di dunia ini.

Wallahu'lam.

Untuk bacaan lanjut: http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/inginkah-anda-menjadi-orang-yang-ikhlas.html

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close