Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terkini MH17: Apa Terjadi Kepada MH17?

Terkini MH17:Apa terjadi kepada MH17? | Berikut adalah kronologi peristiwa yang menimpa MH17. MH17 telah terhempas pada hari Khamis 17 Julai 2014 di sempadan antara Ukraine dan Rusia. Jadual kronologi berikut mencari sebab mengapa dan apakah telah terjadi kepada MH17?

Apa Terjadi Kepada MH17?


Baca dan teliti gambar grafik di bawah untuk kefahaman yang jelas.

sumber: astro awani


Di dalam media-media sosial ada pelbagai versi dan spekulasi  yang dimuatnaik hingga ada yang boleh menimbulkan keraguan dan ketakutan kita terhadap pengangkutan udara tertua di Malaysia itu. Namun saya secara peribadi sekadar membaca sekali lalu berita dan spekulasi yang disebarkan kerana saya masih percaya kepada kredibiliti MAS. 

Apakah sebenarnya yang menyebabkan MH17 diserang/ditembak jatuh? Adakah ia dilakukan dengan sengaja?


Mengikut pendapat seorang penulis di sinar harian, kemungkinan ada kuasa besar tidak suka dengan pendirian kita yang benci dan anti Israel. Lagi satu ada pendapat juga mengatakan ini balasan dari US kerana kita enggan membenarkan mereka membuka pengkalan tentera mereka di sini. Jika ketamakan kuasa inilah yang menyebabkan pihak US membalas dendam melalui MH17 yang membawa penumpang seramai 298 orang, nyata mereka pembunuh yang amat kejam! Ia disifatkan sebagai satu tragedi pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat dalam sejarah. Nauzubilalh...

Bukankah tindakan mereka itu seperti tindakan seorang pengecut. Gunakan cara kotor dan jijik untuk mendapatkan kuasa mutlak. 

Walauapapun, sebagai seorang Muslim yang percayakan kepada qada' dan qadar Allah, setiap kejadian yang menimpa seseorang hamba telah ditulis sejak azali lagi, sejak dari luh mahfuz. Memang sukar untuk nemujuk hati yang sedang berduka, memang mustahil untuk mengembalikan nyawa yang telah kembali tetapi percayalah, yakinlah...Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan mereka. Perancangan Allah lah yang terbaik.

Wallahu'alam...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close