Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

Cara Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan - Bagi kakitangan kerajaan yang ingin membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan, mereka mestilah telah disahkan jawatan dalam pekerjaan masing-masing. Manakala bagi kakitangan sementara, mereka tidak layak untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan.



Syarat Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

Syarat am bagi anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera:

1. Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;

2. Warganegara Malaysia;

3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan; dan

4. Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

5. Hanya hartanah di Malaysia sahaja.

Pemohon yang akan bersara atau anggota tentera yang akan tamat perkhidmatan mesti mengemukakan permohonan dan diterima tidak lewat daripada satu (1) tahun sebelum bersara atau tamat perkhidmatan
menggunakan borang yang ditetapkan.

Pemohon yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mesti mengemukakan permohonan tidak lewat daripada lima (5) tahun sebelum tamat perkhidmatan.

Cara Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan rasmi berserta dokumen sokongan yang diakui sah mengikut jenis pinjaman. Contoh borang seperti di bawah.

Contoh borang pinjaman perumahan kerajaan
Borang permohonan boleh diisi secara online terlebih dahulu sebelum dokumen yang asal siap dan disahkan untuk dikemukakan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia Kuala Lumpur. Dengan cara ini, proses kelulusan pinjaman perumahan anda boleh dilakukan dengan cepat.

2. Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui Ketua Jabatan.

3. Amaun wang proses adalah sebanyak RM100.00 sahaja untuk setiap permohonan pinjaman perumahan.

4. Wang proses yang telah dikreditkan menjadi hasil kerajaan dan tidak akan dikembalikan. Jika terdapat kuiri atau dokumen ada kesilapan, wang proses tidak dikembalikan. Jadi, anda kena buat semula dokumen dan bayar sekali lagi wang proses sebanyak RM100-00 sahaja.

5. Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan melibatkan pemaju/kontraktor/peguam/arkitek bagi melindungi kepentingan kerajaan.

6. Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan yang melibatkan pemohon yang pernah melanggar syarat pinjaman perumahan Perbendaharaan.

7. Perbendaharaan Malaysia berhak untuk membatalkan pinjaman sekiranya didapati peminjam telah melanggar syarat pinjaman perumahan. Contohnya pemohon bankrup dan dibuang kerja.

Carta Alir Proses Pinjaman Perumahan Kerajaan

Secara ringkasnya, berikut adalah gambar carta alir proses pinjaman perumahan kerajaan dari mula membuat permohonan hingga pengeluaran wang pinjman tersebut untuk rujukan. 


Semoga maklumat cara memohon pinjaman perumahan serta syarat-syarat memohon pinjaman perumahan kerajaan yang dikongsikan dapat membantu anda memiliki hartanah sendiri di Malaysia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close