Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Semak (Checklist) Dokumen Pinjaman Perumahan Kerajaan

Senarai Semak (Checklist) Dokumen Pinjaman Perumahan Kerajaan | Sebagai makluman bersama, dibawah ini dikongsikan senarai semak (checklist) dokumen pinjaman perumahan kerajaan sebagai rujukan.
Ambil perhatian bahawa ada sesetengah dokumen yang mungkin digantikan dari semasa ke semasa. Sila buat rujukan ke web rasmi perbendaharaan malaysia untuk keterangan lanjut.


Contoh paparan Log Masuk untuk daftar online pinjaman perumahan kerajaan


Senarai Semak (Checklist) Dokumen Pinjaman Perumahan Kerajaan

Senarai semak dokumen pinjaman perumahan kerajaan yang berikut adalah dokumen umum untuk kebanyakan pinjaman perumahan kerajaan. Ada sesetengah dokumen yang terpakai untuk pinjaman Jenis I, ada pula untuk Jenis II dan seterusnya.

Dokumen-dokumen berikut yang berkaitan dengan jenis pinjaman yang dipilih, perlu disertakan dengan Borang Pinjaman Perumahan dan hendaklah disahkan oleh majikan atau ketua jabatan anda. Senarai borang adalah seperti berikut:

1. Borang Permohonan Pinjaman (BPP)

Contoh borang pinjaman perumahan

2. Borang 1 - Permohonan Laporan Penilaian - untuk pemohon yang membeli rumah yang telah siap dengan CCC (Sijil Pematuhan & Kesiapan)

3. Borang 2 - Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta Faedah/Keuntungan Dari Gaji, Apa-apa Faedah Persaraan dan Terimaan Daripada Kerajaan

4. Borang 3A - Akujanji Peguam (Kes Assignment) - Untuk beli hartanah dengan hakmilik strata

5. Borang 3B - Akujanji Peguam (Kes Gadaian) - untuk beli hartanah dengan hakmilik individu

6. Borang 3C - Akujanji Peguam (Ubahsuai Assignment)

7. Borang 3D - Akujanji Peguam (Ubahsuai Gadaian)

8. Borang 4 - Surat Penolakan Tuntutan Kepentingan Daripada Pemegang Gadaian - jika pemaju menggadaikan tanahnya kepada pihak Bank untuk membina rumah atau bangunan tersebut

9. Borang 5A - Akujanji Pemaju / Tuan Tanah dan Peguam Untuk Pindahmilik Kepada Pemohon dan Digadai Kepada Kerajaan Malaysia

10. Borang 5B - Akujanji Pemaju / Tuan Tanah dan Peguam Untuk Pindahmilik Kepada Pemohon dan Digadai Kepada Kerajaan Malaysia

11. Borang 6 - Akujanji Pemohon Menanggung Rugi kerana membeli Harta Daripada Penjual Yang Masih Ada Hutang Bank

12. Borang 7 - Persetujuan untuk Menggadaikan Bahagian Yang Tidak Dipecahkan Di Atas Tanah/Petak Kepada Kerajaan Oleh Bukan Peminjam

13. Borang 8 - Senarai Kerja-Kerja Tambahan Untuk Rumah Kos Rendah

14. Borang 9 - Senarai Kerja Ubahsuai Rumah

15. Borang 10 - Akujanji Pemohon Menanggung Rugi Kerana Membeli Harta Tiada Hakmilik Strata / Individu Daripada Penjual Kedua

16. Borang BPP 1/2004 - iaitu Surat Pengesahan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA-Housing Development Act)

Contoh Borang BPP 1/2004 - Mesti disediakan dengan Letter Head Pemaju

Diharap perkongsian maklumat di atas dapat membantu urusan anda membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close