Ukhuwah Itu Ibarat Ikatan Tasbih - Apakah makna ukhuwah? Ukhuwah (ukhuwwah) kebiasaannya dipanggil sebagai persaudaraan. Ia diambil dari asal kata yang pada mulanya bererti memperhatikan. Makna asal ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian atau ambil tahu semua pihak yang merasa bersaudara.
Oleh sebab itu ada pendapat yang mengatakan bahawa ukhuwah diibaratkan seperti seutas tasbih. Tasbih cantik bentuknya, tersusun dalam satu tali yang kukuh. Ukhuwah perlu dijaga, dibaja dan dipupuk dengan nilai-nilai yang baik. Uhkuwah juga lambang kekuatan sesuatu kaum dan bangsa, lebih-lebih lagi jika ukhuwah terjalin ke jalan yang diredhai Allah. Ukhuwah fillah...
Ukhuwwah Fillah merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa. Tanpa iman tiadalah ukhuwwah, tanpa ukhuwwah tiadalah iman. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang maksudnya,
1. Wajah mereka seperti nur.
2. Mereka diampunkan dosa.
3. Mereka berada di bawah naugan Arasy ALlah pada hari qiamat.
4. Mereka dilingkungi kasih ALlah.
5. Mereka mendapat tempat dalam syurga dan keredhaan ALlah.
6. Mereka dapat merasai kemanisan iman.
*Sumber: http://yusofembong.blogspot.com/2010/03/ukhuwwah-islamiyyah-persaudaraan-dalam.html
Oleh sebab itu ada pendapat yang mengatakan bahawa ukhuwah diibaratkan seperti seutas tasbih. Tasbih cantik bentuknya, tersusun dalam satu tali yang kukuh. Ukhuwah perlu dijaga, dibaja dan dipupuk dengan nilai-nilai yang baik. Uhkuwah juga lambang kekuatan sesuatu kaum dan bangsa, lebih-lebih lagi jika ukhuwah terjalin ke jalan yang diredhai Allah. Ukhuwah fillah...
Ukhuwah itu bagaikan seutas tasbih. Ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya.
Bagaimana kita boleh mempertahankan Ikatan Ukhuwah?
Ukhwah itu ibarat ikatan tasbih, apabila terputus talinya maka terlerailah ikatan tersebut. Saling pergi dan ada yang hilang terus. Jagalah ukhwah kerana ia amat dituntut dalam agama kita.
1. Jujur dalam ukhuwah
Kejujuran amat penting dalam mempertahankan ikatan Ukhuwah sesama saudara seislam. Jujur mengajak kepada kebaikan dan saling menegur jika ada saudara kita yang tidak bertindak berlandaskan syariat.
2. Menyukai apa yang saudara kita lakukan
Disamping kejujuran yang menjadi tunggak ukhuwah, sebagai saudara yang sayangkan saudaranya yang lain, kita harus menyukai apa yang dilakukan oleh saudara kita yang lain. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;
Janganlah kalian saling mendengki, janganlah saling mencurangi, janganlah saling membenci, janganlah saling membelakangi dan janganlah sebahagian kalian menjual atas penjualan sebahagian yang lainnya. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara! Seorang muslim adalah bersaudara, janganlah menzaliminya, merendahkannya dan janganlah mengejeknya! Taqwa ada di sini - beliau menunjuk ke dadanya tiga kali-. Cukup dikatakan buruk seorang muslim, jika ia menghinakan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lainnya haram darahnya, harta dan kehormatannya. (HR. Muslim)
Jaga aib saudara kita nescaya Allah akan menutup aib kita sepertinya.
3. Taqwa mengukuhkan silaturrahim (ukhuwah)
Taqwa adalah inti iman seorang hamba kepada TuhanNya. Banyak ayat al-Quran dan hadis memperkatakan tentang taqwa.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Kelebihan-kelebihan Ukhuwah Fillah
2. Mereka diampunkan dosa.
3. Mereka berada di bawah naugan Arasy ALlah pada hari qiamat.
4. Mereka dilingkungi kasih ALlah.
5. Mereka mendapat tempat dalam syurga dan keredhaan ALlah.
6. Mereka dapat merasai kemanisan iman.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.