Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Pesanan Buat Sahabat

Hidup adalah satu perjalanan yang jauh. Di dalam kehidupan itu sendiri kita pasti menemui berbagai ragam manusia, samada mereka yang kita kenal atau sebaliknya yang meninggalkan kesan dalam hidup kita.



Jadi, dalam perlumbaan mengejar sesuatu kita memerlukan sahabat di sekeliling kita, yang sedaya upaya menerima kehadiran kita seadanya, seikhlasnya...

10 Pesanan Buat Sahabat


1. Bimbinglah sahabatmu ke jalan kebaikan
2. Selalu bersangka baik di atas segala tegurannya
3. Tegurlah sahabatmu jika sering alpa dengan keindahan duniawi
4. Selalu menerima kehadirannya dengan senyuman mesra
5. Sesekali biarkan dirinya bersendirian
6. Jika kamu berjauhan, datanglah melawat ahli keluarganya agar hubungan persahabatan tersebut tidak terputus di tengah jalan
7. Jangan risau jika kamu mahukan sesuatu yang bukan citarasanya, kerana seorang sahabat akan selalu memahami kehendak sahabat yang lain
8. Maafkan sahabatmu selalu!
9. Sayangi dirinya dengan ikhlas
10. Ingat dirinya dalam doa-doa kalian setelah beliau tiada!

Oleh itu jika sahabatmu sesekali membiarkan kamu, mengalah denganmu, menerima kekalutan kamu dengan senyuman manis...itulah sebenarnya seorang sahabat baik sedang lakukan. Menerima kamu seadanya dan tidak memaksa kamu menjadi seperti yang diri ini mahukan.

Sesebuah persahabatan bertahan lama kerana perbezaan dan warna-warna indah yang tersulam menjadi jambatan kasih yang sejati, kasih sayang sebuah ikatan yang tiada tanda dan sijilnya.

Semoga sahabat-sahabat yang ada dalam hidup saya ini terus dipeluk oleh rahmat Allah dan dalam lindunganNya selalu.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. betul2, seorang sahabat akan menyayangi sahabatnya tak kira siapa sahabatnya itu..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close