Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bila Sahabat Bertukar Musuh

Bila sahabat bertukar musuh - Tentu ada kalangan kita yang pernah menghadapi dilemma seperti ini iaitu bila sahabat yang kita sayangi bertukar menjadi musuh pula. Apakah tindakan anda? Apakah pula perasaan anda? Adakah perlu kita tinggalkan begitu sahaja dan berlalu dari hidupnya?




Sebenarnya banyak kes yang terjadi bila persahabatan yang dipupuk sejak dari zaman persekolahan terputus ditengah jalan angkara salah faham, merajuk, orang ketiga yang memburukkan keadaan, terpisah jauh dan loss contact. Yang sadisnya bila ada kawan baik kita yang lain menyampaikan cerita yang boleh menyebabkan hati kita terguris.

Dalam hal yang sedemikian, lebih baik diselesaikan segala salah faham dengan sahabat kita dengan cara yang terbuka. Maksudnya bersemuka antara satu sama lain, meluahkan apa yang terbuku dan rasa tidak puas hati kita kepadanya. Berterus teranglah!

Kenapa sahabat boleh menjadi musuh kita?


Ini adalah kerana dia tahu semua kelemahan kita, dia tahu semua rahsia kita. Itu sebabnya semua orang yang dekat dengan kita boleh berubah menjadi musuh kita kerana mereka lebih memahami rahsia dan strategi kita terhadap sesuatu perkara. Sebab itu, kadangkala ada orang bijak pandai berkata berbuat baik berpada-pada walaupun dengan sahabat sendiri.

Sebaik-baiknya kita selidik sedikit sebanyak latar belakang seseorang sebelum menjadikannya sahabat yang boleh dipercayai. Berhati-hati diperingkat permulaan boleh menghindarkan kita dari terjebak dalam kancah dilema bila sahabat yang kita kasihi bertukar menjadi musuh yang menggerunkan. Betul tak?

Sebarkan jika suka dan bermanfaat...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close