Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cintai Sahabat Seperti Mencintai Diri Sendiri

Cintai Sahabat Seperti Mencintai Diri Sendiri - Apa yang saya kongsikan dalam artikel kali ini bukanlah dalam konteks cinta kekasih dengan buah hatinya tetapi lebih kepada cintai sahabat seperti kita mencintai diri sendiri. Seandainya kita merasakan sayang kepada diri kita, tidak mahu disakiti, tidak suka dikhianati, begitulah juga kita kena beranggapan bahawa sahabat kita tidak sukakan pembohongan dan dikhianati. Begitulah...




Persahabatan sepatutnya berjalan secara normal, tidak berpura-pura dan eratnya seperti isi dengan kuku. Oleh sebab itu kita kena suka dengan apa yang sahabat kita gemari dan hormati pendapatnya dalam sesuatu perkara. Ingat ya...jurang perbezaan bukanlah jadi penghalang kepada sesebuah persahabatan. Mungkin kita boleh bertegang urat, menegakkan pendapat masing-masing...tetapi at the end of the day, kita akhiri dengan hati yang lapang. Bagaimana caranya? Anggaplah sahaja perbalahan antara anda dengan sahabat anda itu sebuah sesi percambahan minda dan menghilangkan kebosanan terhadap tekanan kerja masing-masing. Jangan campur adukkan perbincangan dengan hubungan persahabatan. Mesti ada garisan yang jelas iaitu...sahabat tetap dihati, jaga hatinya seperti anda menjaga hati sendiri.

Hubungan persahabatan saya unik. Saya memiliki seorang sahabat berbangsa Cina, seorang lelaki melayu, dan dua orang wanita melayu. Bahasa perbualan kami agak kasar, menegur secara selamba, bermasam muka dan kemudian bila tiba waktu-waktu seperti makan, membeli belah, dan melepak mendengar muzik, kami menjadi sahabat yang saling mengerti. Memang kita boleh bersifat sensitif, merajuk sekali sekala dan memerlukan masa bersendirian. Tetapi ketahuilah...itu hanyalah rencah sebuah persahabatan. Tidak perlu dipujuk tetapi kita tahu bila masanya kita patut berhenti untuk bersikap emosional sebaliknya mencintai hubungan persahabatan yang tinggi nilainya itu!

Cintai Sahabat Seperti Mencintai Diri Sendiri. Sahabat adalah sumber kekuatan kita, tempat kita mengadu kesusahan kita, berkongsi masalah-masalah yang amat peribadi yang tidak mampu kita ceritakan kepada pasangan kita. Jadilah seperti seorang sahabat terbaik, tidak egois dan utamakan kepentingannya di atas kepentingan peribadi kita. Mencintai sahabat baik bererti juga kita menginginkan dia menjadi bahagia seperti kita.

Selamat membaca...sahabat baik seperti bintang!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close