Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menguji Sahabat Dengan Membuatnya Marah

Marah adalah satu kelemahan. Sifat marah boleh membunuhmu perlahan-lahan! Ingatlah wahai sahabat-sahabat, kawallah sifat marahmu. Marah juga boleh memendekkan jangka hayat kita. Marah boleh mengundang pelbagai penyakit. Oleh itu, buanglah sifat marahmu dengan sentiasa mengingati Tuhan.

Namun, saya tertarik dengan pesanan luqman al Hakim kepada anaknya. Jika mahu mencari kawan, maka ujilah terlebih dahulu. Cara mengujinya? Senang sahaja. Cuba buat dia marah.




Menguji Sahabat Dengan Membuatnya Marah


Luqman al Hakim ada berpesan,

“Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Tambah Luqman al Hakim lagi, 

“Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

Ini bermakna, jika dalam marahnya seseorang sahabat itu kepada kamu beliau masih mengajakmu mengingati Tuhan, maka beruntunglah kamu berjaya mendapatkan sahabat yang baik. Contohnya, kamu merampas tempat duduknya di dalam bilik kuliah, dia tidak marah. Sebaliknya memilih duduk di kerusi kosong yang lain dengan muka yang selamba. Ini bermakna dia mengalah dengan mu.

Kamu merampas kertasnya ketika dia sedang menulis sesuatu. Perhatikan sikapnya. Adakah dia marah dan mengejarmu? Jika dia hanya tertawa dan membiarkan perlakuanmu, ini bermakna sahabatmu seorang yang sabar.

Selamat menguji sahabatmu ya...tetapi ingat, segera meminta maaf setelah kamu menguji sahabat tersebut. Tidak semua orang boleh memahami tindak tanduk kita, kan?  

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Itulah yang Ayuni selalu buat untuk mencari kawan. Masalahnya bila seseorang itu dah marah, dia terus putuskan hubungan. Tak sempat pun hendak berkawan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kawan Ayuni tersalah sangka. Kalau macam ni dia tidak layak dipanggil sahabat. kena bersangka baik je..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close