Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Menulis Wasiat Bagi Orang Islam

Panduan menulis wasiat bagi orang islam - Sudahkah anda menuliskan wasiat terhadap harta-harta yang dimiliki yang akan ditinggalkan jika suatu hari nanti kita telah tiada. Harus diingatkan bahawa menulis wasiat adalah kewajipan kepada kita yang memiliki harta dimana jika tidak diwasiatkan dengan cara yang betul, boleh menyebabkan persengketaan terhadap waris yang yang masih hidup.

Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.”




Saya terlintas untuk menulis tentang panduan menulis wasiat bagi orang islam ini adalah sebagai rujukan kepada diri saya sendiri sekiranya pada sesuatu masa nanti saya memerlukannya. 

Tahukah anda, jika anda telah cukup syarat untuk menulis wasiat, maka hukumnya adalah WAJIB! Allah s.w.t sendiri berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang maksudnya,

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”

Latar Belakang Tentang Wasiat

Wasiat digalakkan ke atas golongan-golongan berikut, iaitu:

1. Orang yang berharta
2. Orang yang lanjut usia
3. Orang yang tidak berkahwin
4. Orang yang mempunyai anak angkat
5. Orang yang berhutang
6. Orang yang tiada waris
7. Muallaf


Antara faedah-faedah menulis wasiat adalah:

- Cara terbaik mengurus harta selepas kematian
- Mengelakkan perbalahan di antara ahli keluarga
- Menyelesaikan masalah pembahagian harta kepada anak angkat atau anak tiri
- Mendidik jiwa umat Islam cintakan amalan kebajikan

Panduan Menulis Wasiat Bagi Orang Islam

a. Permohonan Wasiat
Sesuatu permohonan wasiat boleh dibuat oleh mana-mana orang Islam dengan mengisi borang permohonan wasiat. (Lihat Lampiran dibawah: Borang A).

Dalam permohonan tersebut, ia perlu dilampirkan dokumen-dokumen berikut:
i. Sesalinan dokumen pengenalan diri pewasiat;
ii. Sesalinan dokumen pengenalan diri waris-waris terdekat;
iii. Sesalinan dokumen pengenalan diri saksi-saksi;
iv. Sesalinan dokumen harta alih dan tak alih pewasiat; dan
v. Sesalinan dokumen hutang pewasiat.

Dokumen-dokumen tersebut akan disemak secara teliti termasuk segala pernyataan-penyataan yang dinyatakan dalam borang A.

Kadar fi/yuran sebanyak RM200 akan dikenakan bagi proses mendokumenkan wasiat tersebut menjadi Dokumen Wasiat Bertulis.


b. Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis

Satu draf Dokumen Wasiat Bertulis akan disediakan dan disemak oleh pewasiat sebelum dimuktamadkan menjadi Dokumen Wasiat Bertulis.

Setelah pewasiat berpuashati, pihak MAIS akan menyediakan Dokumen Wasiat Bertulis yang kemudiannya akan ditandatangan oleh pewasiat dengan disaksikan oleh saksi-saksi.

Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditandatangani oleh pewasiat dan saksi-saksi itu hendaklah disahkan oleh pihak MAIS dan dimeterai.

Untuk maklumat-maklumat lain berkaitan panduan menulis wasiat bagi orang islam, bolehlah rujuk pautan berikut:

https://www.facebook.com/permalink.php?id=229642547070382&story_fbid=668178536550112


Contoh Borang Menulis Wasiat 


 


Kelayakan Pewasiat (Musi)

● Berumur lebih 18 tahun;
● Sempurna akal;
● Sukarela dan tidak dipaksa;
● Tidak dihalang mengurus hartanya; dan
● Jika pewasiat sedang sakit, dia hendaklah waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat dibuat.

Syarat Penerima Wasiat (Musolahu)

Musolahu hendaklah orang atau kumpulan orang yang:

● wujud dan diketahui dengan jelas;
● mempunyai kelayakan memiliki harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis;
● boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
● jika ditentukan, hendaklah wujud semasa wasiat dibuat dan jika tidak ditentukan, musolahu tidak perlu wujud sama ada wasiat itu dibuat atau semasa musi mati.

Harta Yang Boleh Diwasiatkan

● Harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, saham, insurans, hutang dan lain-lain.
● Harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.


Kadar Wasiat

● Tidak melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka
● Mendapat persetujuan ahli waris selepas meninggal dunia sekiranya melebihi kadar 1/3


Alamat jabatan agama islam negeri untuk tujuan menulis hibah/wasiat:

1. Seksyen Wasiat & Hibah, Unit Amanah
Bahagian Harta Baitulmal
Majlis Agama Islam selangor
Tingkat 10 Menara Utara
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5514 3400 Samb. 2190/2196
Faks : 03-5512 4042
email : info@mais.gov.my

Saya akan update alamat majlis agama islam negeri lain yang ada menawarkan khidmat nasihat menulis wasiat dan hibah dari semasa ke semasa. Antara negeri yang menawarkan khidmat tersebut adalah Negeri Melaka, negeri Sembilan & Pulau Pinang.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close