Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut

Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut - Saya suka makan donut. Lebih-lebih lagi jika dapat yang gebu dan lembut. Satu ketika dahulu, saya pernah cuba buat donut tetapi tidaklah lembut mana, bolehlah buat alas perut. Tetapi sejak saya sudah semakin pandai memilih donut yang lembut dan gebu, saya pun tanyakan mereka yang pandai buat donut nih...


Donat yang lembut dan gebu ihsan blog Sharmine205


Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut 

- Anggaran untuk 35-40 biji donut bersaiz sederhana


Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 biji kentang
1/2 tin susu pekat manis
1 paket mauripan/serbuk yis
2 sudu gula
sedikit garam
Air masak

Cara membuatnya:
1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek hingga rata.
2. Campurkan tepung, susu dan kentang yang telah dilenyek tadi.
3. Masukkan gula dan mauripan yang telah direndam dengan air serta garam ke dalam adunan tepung tadi.
4. Gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
5. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit.
6. Buatkan bulatan kecil-kecil ikut ukuran yang disukai dan bulatkan ditengahnya menggunakan penutup botol dan sebagainya.


Donat yang gebu sebelum digoreng ihsan blog Sharmine205

7. Goreng dengan api kecil. Angkat donat jika warna bertukar keperangan.
8. Tunggu 2 minit kemudian taburkan dengan gula halus.
9. Donut anda yang gebu siap untuk dimakan.

Selamat mencuba ya...Ini resepi daripada in law saya...hihi

Nota:

Doh lembut dan tidak lekat di tangan dikira ok, Pastikan doh jangan lembik sangat sebab nanti semasa menggoreng minyak menyerap dalam donut.

Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

10 Comments

  1. sedapnya..tak pernah buat sendiri lagi..selalu beli.. singgah follow sini :)
    ada masa jemput meriahkan giveaway saya ya :)http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/09/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan donat yang panas2 time mendung2 nak hujan cenggini...
    datang blogwalking, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. emmmm yummy my fav tu...nak2 masa preggy yg lalu huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnya..rupanya letak kentang sikit eh..xtau pulak..yum3..nk try ni!

    ReplyDelete
  5. kak nora kalau biasanya campurkan serbuk kentang mcm mash potato.. asyik gitu rasanya.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serbuk kentang pun boleh juga, lagi instant kan? hihi..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close