Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Rendang Daging Darat Yang Sangat Mudah

Resepi rendang daging darat yang sangat mudah | Daging lembu atau kambimg mengandungi khasiat yang amat tinggi terutama bagi menambahkan sumber protein dalam tubuh. 


Sumber google

Badan kita memerlukan protein terutamanya untuk proses pertumbuhan dan membaik pulih selsel. Protein juga merupakan komponen utama setiap otot, tisu dan organ yang penting untuk proses yang berlaku dalam tubuh badan manusia seperti metabolisme dan penghadaman.

Namun perlu diingatkan agar kita mengawal pengambilan daging kerana ia mengandungi lemak yang tinggi. Ambillah dalam jumlah yang sederhana sahaja.

Rendang daging darat? Kenapa dipanggil begitu? Sebabnya rendang daging ini tak menggunakan kerisik. Haha...mudah kan?

Resepi Rendang Daging Darat Yang Sangat Mudah


Bahan-bahan:

1 kilo daging
10 biji bawang merah dihiris halus
3 biji bawang putih dihiris halus
5 batang serai dipotong kasar
2 inci halia dihiris halus
1 inci lengkuas dihiris halus
1 inci kunyit hidup dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kotak santan pekat
Rempah rendang daging (lebih bagus jika kisar sendiri)
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan cili boh
Daun limau purut, jika suka
Gula dan garam

Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan seperti daging, bawang putih, bawang merah, serai, kayu manis, cili boh, halia dan lengkuas serta kunyit dan rempah rendang daging

2. Gaul rata semua bahan tadi

3. Baru hidupkan api. Masak di atas api yang kecil sahaja

4. Bila daging sudah keluarkan air, dan kecut itu tandanya daging sudah lembut. Baru masukkan santan pekat. Jangan campurkan dengan air

6. Masukkan minyak masak. Masukkan garam dan gula (jika suka).

7. Bila sudah kering, masukkan daun limau purut untuk menaikkan baunya. Kemudian bolehlah angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


Selamat mencuba. Jika suka boleh share kepada kawan-kawan.



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close