Anda penggemar sambal belacan? Sambal belacan ada banyak versi, ada yang dipanggil sambal belacan ala Jawa, sambal belacan tomato, sambal bacang, sambal tempoyak dan sambal mangga. Apa yang saya nak kongsikan di bawah ini hanyalah sambal belacan biasa yang amat mudah iaitu Resepi Sambal Belacan Tomato Yang Ringkas. Hah! Namanya pun ringkas, jadi bahannya pun tak kompleks sangat. Hihi...
Bahan-bahan:
9 biji cili merah
8 biji cili padi
2 inci belacan bakar
2 biji tomato
Garam & serbuk perasa
2 biji limau kasturi
Cara membuatnya:
1.Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat
2. Rendam seketika 1 biji tomato dalam air panas sehingga lembut. Setelah lembut buangkan kulitnya dan tumbuk bersama-sama bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Potong dadu tomato yang sebiji lagi dan taburkan pada sambal yang telah ditumbuk tadi.
4. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa ikut citarasa.
5. Perahkan sedikit limau kasturi. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Oleh kerana Resepi sambal belacan tomato yang saya kongsikan ini versi ringkas, jadi saya tidak masukkan bawang merah dan ikan bilis sebagai bahan tambahannya. Orait...
Selamat mencuba..
Resepi Sambal Belacan Tomato Yang Ringkas
-Hidangan untuk 10 orangBahan-bahan:
9 biji cili merah
8 biji cili padi
2 inci belacan bakar
2 biji tomato
Garam & serbuk perasa
2 biji limau kasturi
Cara membuatnya:
1.Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat
2. Rendam seketika 1 biji tomato dalam air panas sehingga lembut. Setelah lembut buangkan kulitnya dan tumbuk bersama-sama bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Potong dadu tomato yang sebiji lagi dan taburkan pada sambal yang telah ditumbuk tadi.
4. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa ikut citarasa.
5. Perahkan sedikit limau kasturi. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Oleh kerana Resepi sambal belacan tomato yang saya kongsikan ini versi ringkas, jadi saya tidak masukkan bawang merah dan ikan bilis sebagai bahan tambahannya. Orait...
Selamat mencuba..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.