Sahabat Baik Menyimpan Rahsiamu - Jika kita menghadapi masalah tentu kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati kita. Dan, ada sesetengah masalah tidak boleh diceritakan kepada ahli keluarga lebih-lebih lagi jika memang ada sangkut paut dengan hal keluarga. Inilah masanya kita memerlukan sahabat sebagai tempat mengadu rahsia keluarga yang memang sangat kompleks sifatnya. .

Ada bijak pandai menuliskan bahawa,

"Keindahan persahabatan adalah bahawa kamu tahu kepada siapa kamu dapat mempercayakan rahsia."


 


Dengan sahabat, ada banyak perkara yang boleh dikongsikan asalkan sahaja sahabat kita itu telah terbukti mampu menyimpan rahsiamu! 

Seorang sahabat yang baik juga tidak memandang rendah jika kita menceritakan masalah kita yang mungkin juga terlalu peribadi untuk diceritakan. Terutamanya jika ia menyentuh soal personal dan bersifat memalukan. Hanya dengan sahabat yang betul-betul memahami kita, barulah kita bercerita tentang segalanya.

Lagi satu, dengan adanya sahabat yang setia kita mampu mengharapkan dia sentiasa ada di sisi saat susah mahupun senang.

Sahabat baik menyimpan rahsiamu hingga ke akhir hayatnya. Begitulah pengorbanan seorang sahabat yang begitu mulia menjaga janji dan silaturrahim antara satu sama lain.

Dengan sahabat baik 'tiada rahsia antara kita!'

Read More ....