Sahabat Baik Menyimpan Rahsiamu - Jika kita menghadapi masalah tentu kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati kita. Dan, ada sesetengah masalah tidak boleh diceritakan kepada ahli keluarga lebih-lebih lagi jika memang ada sangkut paut dengan hal keluarga. Inilah masanya kita memerlukan sahabat sebagai tempat mengadu rahsia keluarga yang memang sangat kompleks sifatnya. .
Ada bijak pandai menuliskan bahawa,
Ada bijak pandai menuliskan bahawa,
"Keindahan persahabatan adalah bahawa kamu tahu kepada siapa kamu dapat mempercayakan rahsia."
Dengan sahabat, ada banyak perkara yang boleh dikongsikan asalkan sahaja sahabat kita itu telah terbukti mampu menyimpan rahsiamu!
Seorang sahabat yang baik juga tidak memandang rendah jika kita menceritakan masalah kita yang mungkin juga terlalu peribadi untuk diceritakan. Terutamanya jika ia menyentuh soal personal dan bersifat memalukan. Hanya dengan sahabat yang betul-betul memahami kita, barulah kita bercerita tentang segalanya.
Lagi satu, dengan adanya sahabat yang setia kita mampu mengharapkan dia sentiasa ada di sisi saat susah mahupun senang.
Sahabat baik menyimpan rahsiamu hingga ke akhir hayatnya. Begitulah pengorbanan seorang sahabat yang begitu mulia menjaga janji dan silaturrahim antara satu sama lain.
Dengan sahabat baik 'tiada rahsia antara kita!'
16 Comments
Masha Allah. Terharu saya baca entri saudari. Benar, sahabat yang baik ialah sahabat yang patuh pada janji, yang sanggup menyimpan segala rahsia dan menutup segala kelemahan kita. Alhamdulillah, Allah telah kurniakan saya seorang sahabat yang pada saya terlalu sukar untuk dilepaskan. Semoga ukhuwah ini akan berkekalan hingga syurga. In sha Allah.
ReplyDeleteukhuwah Fillah ...indahnya.
DeleteJagalah sahabat baik yang ada...semoga semuanya berjaya dunia & akhirat...^_^
ReplyDeleteTerima kasih mama amir..
DeleteAssalamualaikum tuan tanah.. Hehe.. Datang bw sini dari GA Mialiana..
ReplyDeleteFollow google plus lama dah.. ^_^
Thanks dear..good luck eh
Deletesusah nak dapat kawan..yang boleh betul betul simpan :(
ReplyDeleteMencari sahabat memakan masa lama, bukan sehari dua. Moga Lola jumpa sahabat yg dicari.
DeleteMemang susah kita nak cari sahabat yang benar-benar baik..adakalanya kita nampak baik, bila kita dah ceritakan masalah kita, dia jauhkan diri pula..
ReplyDeletehttp://acikwatie.blogspot.com/
bersahabat memang banyak dugaannya dear...sabarlah..
Deletesalam, dtg bw dan baca entri
ReplyDeletejgn lupa singgah http://macammacamcite.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html
tq dear, good luck
Deletebw sini..mana butang followers awak..:)
ReplyDeletetak da butang followers, awk boleh follow google plus saya..tq
Deletebetul tu..
ReplyDeleteJemput singgah "Belog Kampung Kameq" k
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
thanks singgah sini
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.