Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Seorang Sahabat Perlukan Perhatian

Antara peraturan dalam persahabatan yang utama adalah saling memberikan perhatian. Perhatian bukan sahaja dari segi masa tetapi termasuklah ruang waktu, ada ketika diperlukan, sedia mendengar dan bersedia untuk menangis dan ketawa bersama-sama. Percaya dengan segala tindakannya dan sentiasa menyokong kebaikan yang dia lakukan.

Sahabat ada banyak ragamnya. Bagaimana dengan sikap sahabat anda? Menyenangkan? Selalu membuat anda bahagia? Atau dia seseorang yang sering membuat anda risau? Jangan takut ya kawan-kawan...sahabat juga seperti diri kita, adakalanya dia memerlukan perhatian dan ada masanya dia perlukan masa bersendirian.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)




Jika itu yang dia mahukan, hormatilah masa bersendirian yang dia perlukan. Percayakan sahabat anda dan berikan galakan terhadap segala keputusan yang dia buat.

Bagaimanakah kita mahu mengetahui bahawa sahabat kita perlukan perhatian kita? Mudah sahaja, perhatikan sikapnya. Adakah sama seperti selalu atau ada tanda-tanda sahabat kita itu dalam kemurungan atau dilanda masalah. Sahabat baik tidak akan berterus terang jika dia perlukan kita. Sebaliknya jika sahabatmu tidak seperti biasa, agak pendiam, atau terlebih peramah, itu tandanya dia sedang mengharapkan perhatianmu. Luangkan sedikit masa untuk sahabat tersebut, sediakan bahu untuk dia bersandar dan pasang telinga untuk mendengar keluh kesahnya. Bukankah hubungan seorang sahabat dengan sahabatnya yang lain seperti isi dan kulit? Maka bersedialah untuk berkongsi pandangan anda dengannya.

Seorang sahabat sentiasa mengharapkan perhatian daripada kamu, itu kenyataannya.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close