Bonus Kakitangan Awam DiBayar Bersama Gaji Januari 2015 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 lalu, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari 2015.
Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
Berikutan pengumuman tersebut, bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.
"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.
"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
sumber: berita harian
Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
Bonus Kakitangan Awam DiBayar Bersama Gaji Januari 2015
Berikutan pengumuman tersebut, bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.
"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.
"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.