Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Suamiku Encik Sotong Di Saluran Astro

Drama Suamiku Encik Sotong Di Saluran Astro - Sharnaaz Ahmad diberikan cabaran baru untuk melakonkan sebuah drama yang agak lain sedikit iaitu sebagai seorang lelaki lembut. Bolehkah beliau menukar karekternya yang biasa berlakon sebagai gangster dan lelaki lasak?


 

Info Drama Suamiku Encik Sotong Di Saluran Astro 

Tarikh mula siaran: 27 Oktober 2014, setiap isnin, pukul 9.00 malam
Penyiar: Astro Ria dan di Astro Maya HD. 
Dibintangi oleh: Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha, Roy Azman, Erry Putra dan ramai lagi. 
Novel Asal: Suamiku Encik Sotong karya Shikin Zainal. 
Episod; 18 episod


Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong Di Saluran Astro 


ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish.

Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. 

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

#sumber

Review Drama Suamiku Encik Sotong

Bagaimana pendapat anda yang pernah baca novel Suamiku Encik Sotong? Banyak juga yang saya baca pendapat yang berbeza-beza, ada yang suka watak Farish, ada yang suka Fatin, dan ada juga yang suka Erica. Tetapi apa jadi dengan si lembut Farish? Wataknya tidak dikembangkan dengan baik, betul tak? Ini hanya pendapat saya.

Bagi saya, penulis memang bijak mengenengahkan idea yang original. Cuba lari dari klise novel tempatan yang boleh dikatakan sama sahaja pergerakan plot ceritanya.

Saya kongsikan pendapat seorang pembaca tentang Suamiku Encik Sotong. Menurut pembaca tersebut penonjolan watak utama iaitu Encik Sotong itu sendiri agak kurang. Berbeza dengan watak Erica dan Iz, watak Farish mempunyai terlalu sedikit perkembangan.Time frame watak dia agak cuai, dimana tiada IMPAK susulan transisi MENDADAK Farish dari sotong ke macho. Terlalu banyak time skip. Saudari boleh memberi penekanan kepada transisi itu dan impaknya dari zaman kolej lagi. Saya juga berasa sedikit hairan kenapa saudari tidak cuba dinamikkan hubungan Dhia dan Farish? Saya tertarik dengan watak Fatin, namun wataknya dimatikan begitu sahaja. Hubungan antara Dhia dan Farish tidak mendapat keadilan sewajarnya di kaca mata saya. Terlalu stagnant.Manakala hubungan Erica dan Iz pula menjadi tunjang novel ini, agak kontra dengan tajuk diberikan. Kerana pada awalnya saya berasakan fokus akan berada di Farish,namun karekternya tidak berkembang, jika adapun, transisi beliau yang di cut menerusi time skip. Maafkan saya jika komen saya menyinggung saudari.Apapun, novel saudari ini tetap menarik.

Walau apapun citarasa dan pendapat individu adalah bersifat subjektif. Harus menonton drama Suamiku Encik Sotong yang ditayangkan di saluran Astro Maya dan Astro Ria ini dengan perasaan dan fikiran terbuka.

Ambillah pengajaran daripadanya. Betul tak?

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Waalaikumussalam...drama yg agak lain. tentu banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita ini. tentang pelakon nya saya tak kisah, asal jangan kaku sudah la..hihi

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close