Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan - Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.

Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau. Sebagai pengguna yang tidak mahu tertipu dengan pelbagai vitamin ksihatan di dalam pasaran, apa kita cari ilmu dan info yang lebih lanjut tentang sesuatu produk. Dalam artikel kali ini saya akan mengulas tentang vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan. Persoalannya adalah adakah benar ianya bagus?


Salah satu set kehamilan Shaklee - khas buat wanita mengandung


Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Saya sebenarnya sudah muak dengan banyaknya produk kesihatan yang berlambak di pasaran sekarang ini. Sambil melayari Facebook, Twitter, Instagram dan blog-blog kesihatan, semua orang cerita berkaitan produk kesihatan. Hish!! Macam mana nak tahu produk kesihatan yang kita amalkan itu betul-betul suci, mujarab, halal dan tiada kesan sampingannya? Susah kan... jika kita tak ada ilmu pengetahuan tentang sesuatu produk.

Jom kekawan...bersama-sama saya, kita terokai tentang bagus atau tidaknya produk kesihatan yang bernama SHAKLEE ini? Nak sihat pun kena ada ilmu tau...

Shaklee Sentiasa Selamat

Pertama sekali benarkah produk Shaklee sentiasa selamat? Kenapa selamat? Sebabnya produk Shaklee dihasilkan dengan konsep 'lebih dari organik'. Sebelum saya kongsi fakta keistimewaan Shaklee yang 'lebih dari organik' ni, tahu tak apa maksud organik? Vitamin Organik maksudnya vitamin tu dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik moden dalam proses tanaman atau pembesarannya seperti racun perosak sintetik dan baja kimia. Jika kita rujuk pada maksud pengiktirafan 'Certified Organic' oleh Quality Assurance International pun, 100% organic bermakna hanya bahan-bahan organik sahaja yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut.

Pengeluar vitamin organik akan pastikan tumbuhan yang digunakan untuk buat vitamin tu ditanam dengan mematuhi standard ditetapkan iaitu tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan yang sewaktu dengannya. Tapi, mereka tidak perlu mengambil kira apa yang tumbuhan tu serap dari udara, air dan tanah. Sebab itu mereka yakinkan kita bahawa shaklee sentiasa selamat!

Shaklee Sentiasa Bekerja

Yang kedua pula Shaklee Sentiasa Bekerja. Bekerja di sini maksudnya adalah sentiasa berkesan. Shaklee bekerja untuk memastikan USD 300 Juta dilaburkan dalam R&D, 100 kajian klinikal diterbitkan, 55 paten dan 54 pingat emas Olimpik yang dimenangi oleh atlet yang menggunakan produk shaklee. Barulah kita yakin dengan vitmain Shaklee bagus untuk kesihatan.

Shaklee Sentiasa Hijau

Yang ketiga, Shaklee sentiasa hijau...apa maksudnya ni??? Maknanya produk Shaklee ni mesra alam. Iaitu tiada Perasa tiruan, tiada pemanis tiruan, tiada ujian haiwan, tiada bahan kimia, pembuangan adalah bebas bisphenaol-A,phthalates dan dakwat toksik serta pembungkusan bahan di kitar semula. Maknanya ia bebas kimia 100%.

So, baru betul Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Bila dah ada ilmu tentang Shaklee bolehlah kita kata vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan. Betul tak?

Harga Produk Shaklee 

Jika dirujuk kepada senarai produk Shaklee di bawah, apa pendapat anda tentang harganya? Adakah berbaloi memiliki vitamin Shaklee dengan harga yang ditunjukkan? Sudah tentu ianya berbaloi. Sebagaimana kita dah tahu kriteria produk Shaklee yang mesra alam, selamat dan berkesan, takkan kita menyesal memiliki vitamin Shaklee tersebut. Banyak dah contoh dan testimoni yang dipaparkan tentang kemujaraban vitamin Shaklee ini.


Vitamin Shaklee Yang Diiktiraf Halal


Pada tahun 2013, Shaklee Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal daripada JAKIM. Bila produk selamat dan halal, apa lagi yang nak kita harapkan. Sudah tentu faktor di atas menjadikan vitamin Shaklee yang telah bertapak kukuh di Malaysia sejak 60 tahun dahulu semakin tinggi kredibilitinya di mata pengguna.

Untuk baca lebih lanjut tentang pensijilan halal Shaklee boleh layari di sini.




Waspada! Beberapa faktor kenapa VITAMIN SHAKLEE TIDAK BERKESAN!!


Namun ramai yang merungut mengatakan vitamin yang dimakan tidak mendatangkan kesan langsung. Tahukah anda bahawa untuk mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan vitamin shaklee yang diambil kurang berkesan adalah:

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin

-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.


6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

1) Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

2) Pesakit talasemia: Vitalea

3) Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

4) Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

#Sumber

Secara kesimpulannya, saya berani mengakui bahawa vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan kerana ciri-cirinya yang selamat, mesra alam dan berkesan. Tambahan lagi dengan pensijilan halal yang diperolehi menjadikan harga vitamin Shaklee sebagai berbaloi untuk dimiliki.

Tentang Contest Bonus Akhir Tahun

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu:YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu),BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah),ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah),SihatVitamin (Seremban).

Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, dan Exam SPA Online.

Secara ringkasnya, Contest Bonus Akhir Tahun ini berlangsung selama 2 1/2 bulan bermula dari 15hb Oct – 31hb Dec 2014. Tarikh AKHIR menghantar entri penyertaan pada 16hb November 2014 pada jam 11.56 malam (sebulan sebelum tarikh tutup contest).

Read More ....


Post a Comment

21 Comments

  1. Salam..

    Semoga berjaya dalam contest yang dianjurkan oleh Akma ini..

    Sis pun cuba nasib jugak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumus salam..
      Ya! Semoga kita semua berjaya & dpt bawa pulang hadiah...he he..

      Delete
  2. Terima kasih sudi join contest ni dan all d best ya.

    ReplyDelete
  3. Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Sudah diakui ramai di seluruh dunia. Terbaik untuk kesihatan, kecantikan dan sebagai pemakan tambahan. Artikel yang amat menarik ini, ada peluang nak menang, Semoga berjaya buat aynora nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdr Kamil Salleh. vitamin shaklee bagus untuk kesihatan...mmg betul

      Delete
  4. meanrik entry pasal vitamin shaklee bagsu untuk kesihatan dr Aynora.Good luck dear

    ReplyDelete
  5. Menarik entri ini, sesuai untuk kategori SEO. Semoga berjaya buat aynora nur....

    Jom terjah entri terbaru saya:

    Vitamin Shaklee Bagus Untuk kesihatan

    ReplyDelete
  6. Wah...siap dengan harga vitamin shaklee sekali. Sambil berkontes boleh menjual juga ni... :) Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. satu entri yg menarik. Moga berjaya dalam contest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Adib. Ada join jugak ya? Secara tak langsung kita tau banyak kebaikan shaklee, kan?

      Delete
  8. Penulisan yang sangat berinformasi mengenai Shaklee.
    Tak terlawan saya.Hehe
    Semoga berjaya insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiihi..iya ke? Terima kasih kerana baca entri yang berbentuk info dan ilmiah. Untuk kesihatan kita juga..

      Delete
  9. Semoga berjaya… Memang shaklee best sangat..ia dah membantu saya dan keluarga untuk hidup lebih sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima ksih. Shaklee banyak manfaatnya. Semoga anda sekeluarga sihat hendaknya.

      Delete
  10. Assalammualaikum... nur,

    semoga nur berjaya dalam contest 'vitamin shaklee bagus untuk kesihatan' nie k..

    mselim3

    ReplyDelete
  11. entri ini memang terbaik dan penuh dengan info pasal shaklee

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close