Saya akan kongsikan sebuah cerita motivasi yang saya baca dari sebuah blog. Mungkin cerita biasa-biasa sahaja dan semua orang yang telah berkahwin pernah melaluinya. Iya, tentang kasih sayang dan nilai sebuah kesempurnaan dalam sesuatu pernikahan.
Sepasang kekasih telah berkahwin dalam satu acara yang gilang gemilang. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.
Pengantin perempuan begitu anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitamnya berdiri dengan gagahnya. Setiap pasang mata memandang dengan pandangan bahagia dan setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel di majalah tentang bagaimana memperkukuhkan ikatan perkahwinan kita." katanya sambil menghulurkan majalah tersebut kepada sang suami.
"Masing-masing antara kita akan mencatat hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan berbincang bagaimana mengubah hal-hal tersebut dan membuat kehidupan rumahtangga kita lebih bahagia..."
Suaminya bersetuju dan mereka mula memikirkan hal-hal yang tidak disukai dari pasangannya dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka mula mencatat apa yang terlintas dalam benak masing-masing.
Keesokan paginya ketika bersarapan, mereka mula berbincang.
"Saya akan mulakan dulu ya." kata si isteri.
Si isteri pun mula mengeluarkan catatannya. Banyak yang ditulis dan mula membacakan di hadapan suaminya satu persatu. Ketika dia membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir...
"Maaf sayang, apakah saya harus berhenti?" tanya si isteri.
"Oh tidak. Tak mengapa. Teruskan..." jawab suaminya.
Lalu si isteri meneruskan membacakan semua yang tertulis hingga habis. Kemudian dia berkata dengan nada bahagia kepada suaminya.
"Sekarang giliran awak pula, sayang. Bacakan apa yang awak tulis tentang keburukan saya."
Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatupun di kertas ini. Abang berfikir bahwa awak sudah sempurna dan abang tidak ingin mengubahnya. Awak adalah awak, sebagai diri awak sendiri. Awak sudah cukup cantik dan baik bagi abang. Tidak ada satu pun dari peribadi awak yang terkurang bagi abang..."
Si isteri tersentak dan tersentuh oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa...si suami menerimanya apa adanya! Lalu si isteri menunduk dan menangis...
Begitulah kisahnya, cerita motivasi yang ringkas tetapi penuh pengisiannya.
Mengapa memikirkan perkara-perkara yang buruk di sekeliling kita jika kita boleh menemui banyak keindahan daripada orang-orang yang kita sayang, sahabat dan juga rakan-rakan di sekeliling kita. Ingatlah, hidup ini cuma sementara. Jadi, lalui semuanya dengan tenang hati dan bersangka baik.
sumber google |
Bagi saya ia kisah ringkas yang amat menarik bilamana pasangan kita tidak melihat kita sebagai kekurangannya sebaliknya kekurangan itulah yang menyempurnakannya. Subhanallah...
Kisahnya begini...
Cerita Motivasi Cinta Menerima Pasanganmu Seadanya
Sepasang kekasih telah berkahwin dalam satu acara yang gilang gemilang. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.
Pengantin perempuan begitu anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitamnya berdiri dengan gagahnya. Setiap pasang mata memandang dengan pandangan bahagia dan setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel di majalah tentang bagaimana memperkukuhkan ikatan perkahwinan kita." katanya sambil menghulurkan majalah tersebut kepada sang suami.
"Masing-masing antara kita akan mencatat hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan berbincang bagaimana mengubah hal-hal tersebut dan membuat kehidupan rumahtangga kita lebih bahagia..."
Suaminya bersetuju dan mereka mula memikirkan hal-hal yang tidak disukai dari pasangannya dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka mula mencatat apa yang terlintas dalam benak masing-masing.
Keesokan paginya ketika bersarapan, mereka mula berbincang.
"Saya akan mulakan dulu ya." kata si isteri.
Si isteri pun mula mengeluarkan catatannya. Banyak yang ditulis dan mula membacakan di hadapan suaminya satu persatu. Ketika dia membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir...
"Maaf sayang, apakah saya harus berhenti?" tanya si isteri.
"Oh tidak. Tak mengapa. Teruskan..." jawab suaminya.
Lalu si isteri meneruskan membacakan semua yang tertulis hingga habis. Kemudian dia berkata dengan nada bahagia kepada suaminya.
"Sekarang giliran awak pula, sayang. Bacakan apa yang awak tulis tentang keburukan saya."
Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatupun di kertas ini. Abang berfikir bahwa awak sudah sempurna dan abang tidak ingin mengubahnya. Awak adalah awak, sebagai diri awak sendiri. Awak sudah cukup cantik dan baik bagi abang. Tidak ada satu pun dari peribadi awak yang terkurang bagi abang..."
Si isteri tersentak dan tersentuh oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa...si suami menerimanya apa adanya! Lalu si isteri menunduk dan menangis...
Begitulah kisahnya, cerita motivasi yang ringkas tetapi penuh pengisiannya.
Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, murung dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kebahagiaan dan pengharapan.
Mengapa memikirkan perkara-perkara yang buruk di sekeliling kita jika kita boleh menemui banyak keindahan daripada orang-orang yang kita sayang, sahabat dan juga rakan-rakan di sekeliling kita. Ingatlah, hidup ini cuma sementara. Jadi, lalui semuanya dengan tenang hati dan bersangka baik.
Salam motivasi dan kasih sayang, aynora.nur
1 Comments
Itulah rahsia kebahagiaan
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.