Kisah Nabi Ilyas Dan Malaikat Datang Menjemput Rohnya - Mungkin ada yang tidak tahu bahawa terdapat empat orang Nabi yang masih hidup iaitu Nabi Khidr, Nabi Ilyas, Nabi Isa dan Nabi Idris a.s. Nabi Ilyas dan Nabi Khidr ada dibumi dan ditempatkan di bahagian langit yang khusus dimana hanya Allah s.w.t yang Maha Tahu tempat tersebut.
Kisah Nabi Ilyas masih hidup kerana dia sedih untuk meninggalkan dunia bukan kerana keasyikannya tetapi kerana takut tidak dapat lagi berzikir kepada Allah. Lalu Allah membiarkan dia hidup untuk terus berzikir kepadaNya. Subhanallah.
Tetapi kita sebaliknya, sayang tinggalkan dunia kerana bimbangkan harta dan kemewahan yang bakal ditinggalkan.
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.
Kisah Nabi Ilyas Dan Malaikat Datang Menjemput Rohnya
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.
"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.
"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.
Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.
Begitulah kisahnya. Kisah Nabi Ilyas dan malaikat yang datang mahu menjemput rohnya. Alangkah bahagia jika kita menjadi insan terpilih seperti itu. Ikhlas mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. Dan, semoga kita sentiasa istiqamah diberikan cahaya iman dihati untuk terus berada di landasan jalan yang lurus. Insyaa Allah.
Sebarkan bahagia dan kongsikan kisah motivasi di atas untuk kebahagiaan hidup orang di sekeliling kita.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.