Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Koleksi Kata Kata Maaf Yang Menyentuh Hati

Koleksi Kata-Kata Maaf Yang Menyentuh Hati - Sebagai manusia biasa yang tidak sempurna tentu sekali kita pernah bergaduh, bertengkar, bermasam muka, kecil hati dan sebagainya dengan orang-orang di sekeliling kita.

Namun begitu, Allah amat menyukai hambaNya yang pemaaf dan suka memaafkan orang lain.




Sebagai membantu anda semua untuk memohon maaf, saya kongsikan koleksi kata kata maaf yang menyentuh hati yang dapat membantu anda memohon maaf kepada seseorang yang mungkin dekat dengan anda. Siapa tahu dengan menggunakan ayat-ayat yang lembut, dapat membuka pintu hati seseorang untuk memaafkan anda.

Mungkin kata-kata maaf tersebut boleh anda sampaikan melalui kad ucapan, SMS, whatsapp, email dan sebagainya.


Koleksi Kata-Kata Maaf Yang Menyentuh Hati


Kata-kata maaf kepada ibu


"Ibu, pengorbananmu terlalu tulus. Kau sembunyikan letihmu dengan senyuman. Siangmu kau derita, namun malammu kau pamer wajah ceria.Maafkan anakmu ibu, yang gagal membalas sejentik pun pengorbananmu. Maafkan anakmu ini kerana sering membuatkan kau menangis. Terima kasih ibu yang sentiasa mendoakan anakmu ini dengan penuh hikmah. Hinggakan kau usap segala kepayahan dengan airmata gembiramu. Maafkan anakmu, ibu. Aku amat sayangkanmu, ibu. Senyumlah...kerana hilang lelahku bila lihat kau tersenyum."

Kata-kata maaf kepada ayah


"Ayah..satu masa dulu wajah garangmu, menakutkan aku. Aku membencimu kerana sering pulang lewat dan tiada masa dengan kami. Tetapi ayah tak pernah gagal melunaskan yuran sekolahku, ayah selalu memandang dari jauh ketika menghantarkan aku ke menara gading. Aku tahu kudratmu telah reput untuk memberikan kami nyawa kehidupan. Maafkan aku ayah, kerana buta menilai keringat dan perasaan seorang lelaki. Ayah tidak berkata-kata bukannya ayah lupa tetapi ayah bangga di hati. Bukannya ayah tidak menangis tetapi airmata mu jatuh ke hati. Maafkan anakmu ayah. Baru kini aku tahu dan mengerti kasih sayang ayah yang penuh dihati. Maafkan aku ayah kerana bertahun-tahun baru mengerti."


Kata-kata maaf kepada sahabat baik


"Duhai sahabat ku....
Aku tahu perasaanmu pernah terluka kerana kelakuanku. Aku juga selalu meninggalkanmu sendirian kerana mengejar kawan yang ramai. Kadangkala aku terlupa menyapa saat kita bersua muka. Maafkan aku sahabat, aku terlupa tentang seribu kebaikan yang kau berikan. Maafkan aku sahabat kerana aku berkasar bahasa disaat kau tinggalkan pesanan. Maafkan aku sahabat kerana aku terleka saat kau mengajak ke arah kebaikan. Setelah aku ditinggalkan kerana kecundang dalam perjuangan, kau datang menghulurkan tangan. Baru aku sedari betapa tulusnya nilai persahabatan ini buatmu.




Yang aku mahu hanyalah kata maaf darimu, meski aku sangat tahu mungkin aku memang tak layak untuk kau maafkan. Tetapi aku amat berharap dan memohon agar kau dapat memaafkan aku. Jangan biarkan aku keseorangan meniti titian usang. Maafkan aku kerana pernah melukakan kamu duhai sahabat. Kini izinkan aku menebus masa lalu dengan menemanimu di sepanjang perjalanan kita. Moga Tuhan merestui persahabatan baik kita."

Kata-kata maaf kepada pasangan/suami/isteri


"Maafkan aku duhai isteriku, aku tidak mampu memberi warna terindah dalam hatimu, kesempurnaan harapan hidup ini hanyalah sebuah ketulusan hati. Hati yang ikhlas untuk memohon kemaafan darimu.

Kasih, maafkan segala kesalahanku, kerana hanya kaulah yang ada di hatiku walau aku sering menyakitimu, mungkin kerana aku tak faham maksud hatimu. Berikan aku peluang untuk menunjukkan perasaanku dan juga cintaku, duhai isteriku berikan aku kesempatan untuk memperbaiki kesalahanku kerana aku tak mahu kehilanganmu kasih.

Isteriku, ku rangkaikan sebuah kata sederhana untuk mendapatkan kata maaf darimu yang tulus. Aku berjanji tak akan mengulangi lagi kesalahan yang ke dua kalinya.

Maafkan aku sayang kerana menoreh luka dihatimu, membuat kamu bersedih, menitiskan air mata lalu membuat diriku merasa bersalah sekali. Maafkanlah diriku ini, kasihku isteriku."

Koleksi Kata-kata maaf yang menyentuh hati di atas adalah koleksi saya sendiri dan juga ada sedikit yang saya ambil dari internet. Sememangnya bila kita rasa bersalah dan ingin meminta maaf, sesungguhnya itu satu perasaan yang amat bagus sekali.

Namun jangan dipermainkan kata-kata maaf yang diucapkan kerana disebalik kata maaf terselit maksud yang tersirat iaitu berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Sebarkan jika suka dan semoga kita semua hidup saling bermaafan dan bahagia selamanya.

P/s; Anda boleh mengubahsuai kata kata maaf di atas bergantung kepada siapa penerimanya. #Sebarkanbahagia...

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. macam agak meleleh sikit ayat-ayat tu(sbg seorang lelaki)..bg saya Kata-kata maaf kepada pasangan/suami/isteri je sy tertarik..kalau untuk rakan tu mcm agak hmmm ntahla...segan la nk ckp camtu kakaka...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Sye amat Tertarik Degan ayat Kata-kata Maaf Pada Pasangan/suami/isteri.. sye telah Mencuba Alahamdulilah Sye gn Si dia Kembli Bersatu.. sye amat Berterima kasih Pada owner Bolg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, alhamdulillah...Terima kasih

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close