Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Kopi Boleh Meningkatkan Keupayaan Otak

Tahukah anda mengapa kebanyakan profesor di universiti gemar minum kopi di waktu pagi? Adakah anda juga amalkan minum kopi ketika bersarapan? Jika tidak, apa kata kita mulakan sekarang. Kerana ada kajian membuktikan bahawa minum kopi membuatkan otak kita semakin bekerja dengan bijak! Nak tahu cara sediakan kopi paling sedap, boleh baca penerangan saya dalam artikel yang lepas.


Kopi boleh tingkatkan keupayaan otak

Rahsia Kopi Boleh Meningkatkan Keupayaan Otak


Semua orang tahu kopi mempunyai cara tersendiri untuk melawan mata yang mengantuk. Tetapi ia juga memberi kesan tambahan iaitu memulih otak manusia!

Info ini saya baca daripada Majalah Wanita dan sangat bagus untuk dikongsikan kepada anda diluar sana. Mungkin kita kata kopi pahit dan tak sedap. Why not cuba dulu...jika ada kebaikannya, kita boleh manfaatkan minum kopi dalam jangka masa panjang. Betul tak??

Dalam satu kajian, para saintis menguji kaji ke atas sukarelawan dengan sedikit kopi sebaik terjaga dari tidur. Anda mungkin terfikir, "Saya biasa minum kopi bila bangun tidur, biasa saja.."

Melalui kajian tersebut, mereka mendapati minum kopi telah meningkatkan sifat waspada, tenaga, kecergasan, kemarahan, keberkesanan dan tempoh tindakbalas. 

Maka selepas ini, apabila anda rasa otak anda agak tepu dalam menyiapkan tugasan atau berasa sukar untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang mencabar, teguklah secawan kopi. Kemudian cuba selesaikan tugas anda. Insyaa Allah segalanya dipermudahkan.

Selamat menajamkan otak kita...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Waalaikumussalam..
    Memang banyak Ayie. Sekarang saya dah start amik kopi, tawar atau bergula...semua saya suka. hihii..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close