Tips mudah yang nak dikongsi adalah tips merebus telur separuh masak dengan hasil yang sangat memuaskan hati anda. Biasanya kita tidak ada masalah untuk merebus telur yang masak penuh. Saya pun ada tulis cara nak rebus telur agar tidak pecah.
Tips untuk memasak telur half-cooked ni mudah saja. Saya ambil petua ni daripada adik ipar saya yang memang suka makan telur separuh masak. Cara ini menggunakan kaedah manual atau tradisional. Kalau anda ada mesin merebus telur lagi mudah. He..he..
Caranya begini...masukkan telur yang sudah dicuci ke dalam periuk yang mengandungi air. Sukatannya anggaran telur itu boleh tenggelam dalam air tersebut. Jangan gunakan terlalu banyak air, nanti telur akan pecah. Rebus di atas api yang sederhana besar.
Bila air mula mendidih, matikan api. Make sure ya. Mula mendidih aje matikan api. Jangan tunggu lama-lama! Biarkan seketika telur di dalam air panas. Kemudian boleh dipecahkan untuk lihat hasilnya.
Telur separuh masak anda akan masak sedang-sedang orang kata, tak terlebih keras hingga jadi telur rebus atau tidak lah mentah lagi.
Nak cuba? Silakan. Ha...jika nak telur separuh masak anda rasa lebih lazat dan lemak, campurkan sedikit garam ke dalam air rebusan telur tadi.
Selamat mencuba tips merebus telur separuh masak yang ideal. Lepas ini bolehlah jadikan rutin sarapan pagi anda!
Tahukah anda telur separuh masak sama seperti telur rebus yang biasa. Banyak sangat khasiatnya. Antaranya vitamin B2 dan juga B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalam meningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.
Sumber Google |

Tips Merebus Telur Separuh Masak Yang Ideal

6 Comments
lagi satu, jangan guna telur yg dikeluarkan daripada peti ais. mesti kena pastikan telur tu dalam suhu bilik
ReplyDeleteTerima kasih Umi atas infonya...
DeleteMemang patut dicuba Ayie, mudah sangat nih..hehe
ReplyDeletetips awesome ..nanti saya cuba lah
Deletep/s :Lawatan mesra dari penulis blog mrhanafi
Bgs info ni..Selalu mesti terlebih masak tkpun tak masak...Huhu...
ReplyDeleteTIPS RAMBUT CANTIK
Hihi...bila dah tau caranya, mesti dah boleh buat telur separuh masak yg ideal, kan...
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.