Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Mudah Buat Nasi Goreng Seafood Special

Tips Buat Nasi Goreng Seafood Yang Sedap - Sewaktu menikmati makan malam dengan keluarga, saya ada memesan nasi goreng seafood yang rasanya amat special. Hinggakan saya meneka-neka apa bahan yang dimasukkan ke dalam menu tersebut. Oleh kerana ada niat nak buat untuk breakfast, saya check kat google dan ada banyak versi rupa-rupanya nasi goreng seafood ni...


gambar ekhsan google


Psst...saya bukannya pandai memasak sangat pun!! So, daripada tanya kawan-kawan atau ibu-ibu saya, baiklah saya tanya kat Google, tentu jadi! Nasi goreng seafood ni yang lebihnya masukkan seafood la, seperti sotong, udang, kerang dan lain-lain yang namanya seafood...

Tips Mudah Buat Nasi Goreng Seafood Special

Bahan-bahannya:
(Anggaran untuk 4 orang makan)

4 cawan nasi (kalau yang dah semalaman punya lagi bagus..nasi lebih peroi)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang cili merah (dikisar)
5 biji cili padi (dikisar)
1/2 cm belacan (dikisar)
1 sudu makan kicap manis (kalau tak mahu warna tak payah bubuh kicap)
1 sudu makan sos tiram
3 batang kailan - dihiris
sedikit kobis (dihiris)
udang/sotong (ikut suka banyak atau sikit)
1 biji telur
garam secukup rasa
daun sup dan timun untuk hiasan


Udang dan sotong bahan utama nasi goreng seafood special


Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
3. Pecahkan telur dan kacau rata.
4. Selepas itu masukkan sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur kailan dan kobis, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Mudah tak? Tips mudahnya adalah bila anda nak masak menggunakan cara tumisan/tumis, maka buat pes cili awal-awal. Mudah saja, kisar cili hidup, cili padi, sedikit garam dan belacan dalam anggaran kegunaan seminggu dan simpan dalam peti ais dalam bekas kedap udara. Maksudnya bertutup. Tiap kali nak masak dengan cara menumis, ambil sedikit. Kan jimat masa tu...

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close