Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Mudah Goreng Ayam Gerenti Rangup Dengan Tepung Goreng Serbaguna

Tips Mudah Goreng Ayam Gerenti Rangup Dengan Tepung Goreng Serbaguna - Ha! Ini resepi mudah untuk orang yang bekerja atau ada penyakit 'malas' nak sediakan bahan yang agak remeh. Remeh ke? Ohh...jangan lupa ya kawan-kawan semua, memasak pun satu terapi.




Dan boleh dapat pahala berganda bila kita ikhlas melakukannya. Dan lagi ada hadiah lebih hebat daripada itu. Apa yang kita dapat itu ekk?

Pesan Rasulullah s.a.w kepada anaknya,

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

So buat roti susah sikit kan? Apa kata kita buat ibadah untuk keluarga dengan menyediakan makanan untuk mereka, contohnya Goreng ayam dengan tepung goreng segera je..tapi cukup sebagai satu motivasi bagi para wanita ya...


Tips Mudah Goreng Ayam Gerenti Rangup Dengan Tepung Goreng Serbaguna 


Oleh kerana namanya ayam goreng segera, jadi bahan-bahan nak menggoreng ayam pun segera semuanya. Hihi...

Bahan-bahannya:

1/2 kilogram ayam - dipotong saiz sederhana

7 sudu makan tepung serbaguna/ Tepung goreng segera KFC/ Adabi/ dan sebagainya

10 sudu makan air masak = lebih kurang 1 cawan air




Cara menyediakannya:

1. Gaul ayam dengan tepung goreng serbaguna yang sudah dibancuh dengan air.




2. Perap selama 30 minit.

3. Gaulkan semula ayam yang sudah diperap tadi dengan tepung serbaguna yang kering.

4. Goreng dalam minyak yang penuh (sehingga ayam tenggelam dalam minyak)

5. Angkat bila ayam sudah warna kekuningan atau sudah masak.

6. Siap untuk dimakan dengan nasi panas, atau diratah dengan sos.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. terimakasih resepnya ... looks so crunchy n yummm... mau dicoba di dapurku.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close