Sesetengah orang suka makan bila dilanda masalah atau tertekan dengan apa-apa situasi yang mendesak. Perkara ini bukan khayalan, ia memang terjadi. Sebab itulah, ada yang naik berat badan ketika melalui detik-detik sukar. Tidak salah nak makan, tapi pilihlah makanan yang menenangkan.
Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stres. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!
Namun begitu anda dinasihatkan untuk mengambil 8 jenis makanan yang boleh mengubati stres dan dalam masa yang sama kekal menjaga kesihatan.
8 Jenis Makanan Yang Boleh Ubati Stres
1. Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.2. Coklat gelap bersama kacang badam
Badam dimakan dengan coklat gelap boleh ubati stress |
3. Smoothies
Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda. Cubalah!4. Kekacang dan biji-bijian
Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stres dan menggalakkan hormon-hormon sihat.5. Keledek
Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan ‘syok’!6. Yogurt dengan buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.7. Kari sayur-sayuran
Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan semua ini boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!8. Teh hijau
Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.
Artikel di atas saya ambil daripada Majalah RAPI di bawah tajuk Ubati Stres Dengan 8 Jenis Makanan, Oleh:Emy Haznida, Rapi
3 Comments
Assalamualaikum puan Aynora,
ReplyDeleteSememangnya Islam menganjurkan bukan sahaja makanan yang halal, malah makanan yang baik.
Saya yakin ramai dari kita yang mampu konsisten mengamalkan makanan yang baik, tetapi Nabi mengajarkan sesuatu yang paling asas dalam menjaga kesihatan. Stress boleh menyebabkan kesihatan tidak baik.
Kaedah paling asas untuk menjaga kesihatan yang dianjurkan oleh Nabi ialah makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini kerana perut adalah lubuk penyakit.
Saya yakin untuk meninggalkan makanan dalam keadaan kita masih menginginkannya adalah satu jihad yang besar iaitu melawan keinginan nafsu makan yang tengah membuak-buak ketika itu.
haha, yang paling best, nikmati setiap suapan....erm...rasakan bagaimana ia mencair di dalam mulut...
ReplyDeleterasakan teksturnya yang pelbagai...dan tidak dilupa, nikmati anugerah Allah yang memberikan kita lidah untuk merasa kesenian makanan dan rasa yang diberikan pada setiap rezeki makanan yang kita terima.
makan dan tingkatkan iman...
hanya dengan mengingati Allah, maka hati akan menjadi tenang.
~blogspot : rawatankanser2013
Hihi...seni merasa masakan yang hebat. Satu terapi stress jugak. Terima kasih kerana berkongsi ilmu..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.