Doa Agar Diberikan Akhlak Yang Baik. Akhlak yang mulia adalah inti pati bagi segala ibadah di mana tanpa akhlak, ibadah hanya adat resam dan gerak laku tidak mempunyai nilai serta faedah.
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab jamak 'khuluq' yang diertikan sebagai budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Menurut Iman al-Ghazali, dua perkataan yang berkaitan langsung dengan akhlak ialah al-khuluq dan al-khalqi.
Menurut al-Ghazali lagi, akhlak menerangkan keadaan yang terdapat dalam jiwa seseorang dan daripadanya terbit semua perbuatan tanpa memerlukan fikiran serta penelitian.

Doa Agar Diberikan Akhlak Yang Baik
Doa agar diberikan akhlak yang baik |
Banyak hadis menerangkan tentang pentingnya akhlak yang baik dan mulia. Antaranya :
1. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah saw pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga. "Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: "Takwa kepada Allah dan akhlak baik." (al-Tirmidzi dan al-Hakim)
2. "Tidak ada sesuatu yang dapat memperberat timbangan (kebaikan) seorang mukmin pada hari qiamat selain kebaikan akhlaknya." (HR. Tirmidzi dan Abu Dawud)
3. "Sesunggunya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku pada hari qiyamat adalah yang paling baik akhlaknya." (Imam Ahmad, al-Tirmidzi, dan Ibnu HIbban)

Dan, di antara sifat yang terpuji adalah warak dalam meninggalkan segala laranganNya, bersifat lembut dan sabar, memelihara lidah dan banyak lagi. Sebagai hambaNya yang cuba menjaga akhlak, sama-samalah kita istiqamah melakukan yang terbaik dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Sebarkan bahagia dan semoga bermanfaat.
Sebarkan bahagia dan semoga bermanfaat.
3 Comments
Amiin ya Robb
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteWaalaikumussalam...sama lah kita Ayie. Amal dari sejak zaman duduk asrama lagi..hihi
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.