Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Langsing Tanpa Tahan Makan

Rahsia Langsing Tanpa Tahan Makan. Tips yang best, kan? Iyalah...kita kan mesti makan untuk hidup. Betul tak? Jadi, jika ada pilihan untuk langsing tetapi tak perlu tahan makan, itu memang cukup bagus!

Namun begitu, kadang-kadang apabila godaan datang, perut mula ‘memberontak’ untuk mendapatkan makanan yang sedap-sedap. Jangan bimbang, masih ada cara lain untuk membantu anda langsing tanpa perlu ‘ikat perut’ atau tahan makan yang saya ambil daripada website RAPI. Cubalah trik ini:-

Rahsia Langsing Tanpa Tahan Makan


Mulakan Pagi Dengan Protein 

Protein tanpa lemak membuatkan anda merasa kenyang lebih lama berbanding dengan makanan lain. Namun, waktu pengambilannya juga penting. 


yogurt juga bagus untuk diet sihat


Menurut penyelidikan di Purdue University, pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur atau yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda kenyang lebih lama berbanding pengambilan itu pada waktu yang lain. Joan Salge Blake dari klinik nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya mengambil protein tanpa lemak sebanyak 30g ketika bersarapan.


Nikmati limau gedang (Grapefruit)

Kajian dari Nutrition and Metabolic Research Center di The Scripps Clinic, San Diego mendapati seseorang yang mengambil separuh limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, buah dari jenis limau bali yang berwarna kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar hormon insulin yang mengawal gula darah dan metabolisme lemak.


Peluh itu Seksi

Senaman secara rutin bukan sahaja membakar kalori tetapi membantu anda mengurangkan pengambilan kalori. Menurut penyelidikan yang diterbitkan di American Journal of Physiology, latihan kardio intensiti tinggi selama 60 minit mampu mengurangkan selera makan sehingga dua jam. Ingin latihan yang maksimum? Lakukan latihan kardio dengan latihan invertal, iaitu latihan dari perlahan kepada laju yang dilakukan berulang kali dan berehat di atara latihan tersebut.


Katakan 'YA' Pada Kentang

Menurut Katherine Beals, associate professor Jabatan Nutrisi di University of Utah, kentang termasuk dalam karbohidrat kompleks yang menghadam makanan dengan lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Cubalah ambil kentang panggang (bukannya kentang goreng) untuk makan malam yang mengandungi 100 kalori.


Kunyah Sahaja

Hasil kajian oleh Kathleen Melanson, associate professor nutrisi dari University of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah selama satu jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan tengahari. Ini kerana gula-gula getah dapat merangsang saraf pada rahang yang berhubung dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Jadi, pilihlah gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan dan juga membakar 11 kalori per jam.


Hidu Aromanya

Pisang, epal hijau dan vanilla. Menurut Alan Hirsch, pengarah neurological di The Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago, semakin kerap anda menghidu aroma-aroma ini, semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi. Jika tiada produk vanilla, anda boleh nyalakan lilin yang beraroma vanilla di meja makan atau dapur rumah.


Tidak Salah Sedikit Lemak

Meninggalkan lemak dalam jadual pemakanan anda boleh memberikan kesan negatif. Namun untuk mengambilnya pula janganlah berlebihan. Menurut Sari Greaves dariAmerican Dietetic Association, pengambilan lemak tak tepu mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah kalori harian. Contohnya, dua sudu makan mentega kacang, 20g kacang atau ¼ buah avokado.

Semoga artikel tentang langsing tanpa tahan makan di atas dapat membantu kita untuk hidup sihat. Selamat menjaga kesihatan kita dan hidup dengan tenang...

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close