Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jom Aktifkan Mykad

Jom aktifkan mykad. Tetapi kenapa perlu aktifkan Mykad kita? Apa itu Mykad? Apakah anda juga tak sedar tentang Mykad anda boleh digunakan sebagai alat yang memudah cara dalam pelbagai urusan? Okay, saya terang sikit apa itu mykad. Mykad adalah IC atau kad pengenalan diri anda yang memiliki gambar, no kad pengenalan, jantina, negeri kelahiran dan banyak lagi. Alahai...IC berwarna biru itulah Mykad.


Kenapa Perlu Aktifkan Mykad?


Mykad perlu diaktifkan untuk membolehkan anda menyertai Program Mykad Smart Shopper bagi menjadikannya sebagai Kad Diskaun dan point. Terdapat 50 Aplikasi lain yang terdapat di dalam Mykad iaitu untuk memperbaharui lesen memandu, sebagai kad ATM, Touch n Go, menyemak status tabungan KWSP anda, urusan dengan imigresen, JPJ dan banyak lagi.



Manfaat Aktifkan Mykad


Untuk pengetahuan anda bagi meluaskan lagi Aplikasi dalam Mykad, satu aplikasi baru telah diperkenalkan iaitu Program MyKad Smart Shopper. Ia merupakan satu lagi aplikasi yang dinaiktaraf dalam Mykad. Program ini adalah salah satu program affiliate terbaru di bawah rangkaian Affiliate Junction yang telah dibangunkan dan diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn. Bhd., sebuah syarikat berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Multimedia (MDec). Program ini bertujuan untuk menawarkan mata ganjaran dan rebat yang akan memberi manfaat kepada pengguna di Malaysia dan juga peruncit. Anda mestilah mengaktifkan Mykad anda terlebih dabulu bagi membolehkan anda menikmati kelebihan Mykad Smart Shopper.


Kelebihan Dan Manfaat Aktifkan Mykad


Antara kelebihan dan manfaat anda jika MyKad anda telah diaktifkan untuk aplikasi Affiliate Junction adalah seperti berikut:-

1. Boleh dapatkan Diskaun dengan menunjukkan MyKad di tempat-tempat yang sudah mempunyai sistem MyKad Smart Shopper. Antara kedai yang berdaftar dengan Affiliate Junction (merchant).

2. Mendapat mata ganjaran yang boleh ditebus dengan setiap RM1 anda akan mendapat 1 Mata AJ. Boleh ditebus dengan caranya di sini. Mata tidak akan luput.

3. Anda tidak perlu membawa kad-kad diskaun yang lain dan hanya perlu membawa MyKad sahaja.

4. Boleh mencari kedai atau perkhidmatan dengan menggunakan aplikasi yang telah disediakan dengan produk iPad yang mana setiap kedai yang terlibat akan ditunjukkan menggunakan sistem GPS yang dikhaskan untuk MyKad Smart Shopper dengan kerjasama Affiliate Junction (AJ) dengan iPad.

Untuk mendapatkan diskaun anda hanya perlu menunjukkan sahaja MyKad anda ataupun anda hanya perlu memberikan nombor Mykad anda sahaja. Mudah bukan? Hanya dengan aktifkan Mykad anda boleh menikmati pelbagai kemudahan dan mendapat perkhidmatan yang diberikan ganjaran oleh syarikat yang terlibat.  






Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com"

Akhirnya berjaya juga saya luangkan masa untuk join Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad anjuran blog Coretan Anuar. Memang tuan blog ini (sayalah tu) SEOnya taraf 4/10 aje tetapi ikut serta dalam kelompok mereka yang pakar menulis tentang jom aktifkan Mykad apa salahnya. Sambil menyelam, sambil minum air. Maksudnya sambil tulis artikel jom aktifkan Mykad, kita cedok ilmu SEO dari yang berpengalaman. Setuju?

Jom Aktifkan Mykad!


Read More ....


Post a Comment

15 Comments

  1. Terima kasih kerana sudi menyertai Contest ini... Good Luck!! Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Insyaa Allah...nak juga jadi pemenang! Hihi..

      Delete
  2. goodluck kak Aynora . jom singgah entri saya jugak :)

    http://www.blogparihh.com/2015/01/jom-aktifkan-mykad.html

    ReplyDelete
  3. Sala aynora nur....cantik template blog ini. Ini design daripada Jepun ya.... artikel pun menarik. Semoga berjaya ya..dengan Jom Aktifkan Mykad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sahabat..
      template ni dibuat oleh blogger indonesia...

      Delete
  4. Salam buat Aynora, semoga berjaya dalam contest SEO Jom Aktifkan Mykad.

    ReplyDelete
  5. Good luck dengan kontest Jom Aktifkan MyKad ni ...

    ReplyDelete
  6. Makin ramai yang join contest seo Jom Aktifkan Mykad. Moga entri berada dikedudukan yang baik.

    ReplyDelete
  7. terima kasih. semoga anda juga berjaya dalam kontes tersebut.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close