Advertisement
Saya sebenarnya boleh juga memasak tetapi main campak-campak aje, itu yang 'gagal' dalam menyediakan satu resepi yang lengkap. Akhirnya buat kompilasi aje, senang nak rujuk dalam blog sendiri. Kan? Bagi yang nak cari idea memasak ikan, terutamanya untuk berbuka puasa di bulan ramadan, cuba cari dari koleksi resepi berasaskan ikan yang saya kongsikan ini.
1) Ikan Siakap Kukus Halia
Resepi pertama yang saya nak kongsi dan korang pun boleh buat semudah beberapa minit aje adalah Resepi Ikan Siakap Kukus Halia. Ikan siakap adalah antara ikan kegemaran saya dan keluarga. Tekstur isinya yang lembut amat sesuai untuk masakan stim/kukus. Lagipun ikan siakap sesuai untuk wanita yang sedang dalam tempoh berpantang. Sekarang pun dah mudah nak dapatkan ikan siakap. Resepi Ikan Siakap Kukus Halia ini saya ambil daripada blog masakan Sinar Kehidupanku kelolaan Ms Yatie.
1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci halia – di hiris halus
3 biji bawang merah – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
10 biji cili padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 batang lobak merah – di hiris memanjang
2-5 cendawan shitake – di hiris halus
1 biji air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air
Cara penyediaaannya
1) Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2) Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3) Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4) Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.
2. Resepi Asam Pedas Ikan Merah
Bahan-bahan:
5 keping ikan merah
10 biji kacang bendi - potong bahagian tampuk dan ekor
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan - belah 4
2 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
30 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
5cm kunyit hidup
sedikit belacan
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, bunga kantan, asam gelugur dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan merah dan biarkan masak selama 5-7 minit - jangan masak terlalu lama sebab isi ikan merah lembut
4. Masukkan kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
3) Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Padi
Resepi yang ketiga yang nak dikongsikan dalam koleksi aneka resepi ikan adalah Resepi ikan cencaru masak lemak cili padi. Resepi ini pun saya selalu buat tetapi kali ini saya ambil dari dapur resepi anak bapak yang kelihatan unik sedikit. Apa yang unik? Santannya datang daripada kelapa yang diparut bersama-sama bahan-bahan sampingan lain. Agak berlainan kerana biasanya kita ambil santan kelapa sahaja, tetapi resepi anak bapak guna sekali dengan kelapa parut tersebut.
Jika nak lebih kaw...masukkan sepotong atau dua potong nenas, ikut suka. Ada masam-masam manis rasa nenas tersebut. Cuba lah! - yang ini saya tambah..hihi
Bahan-bahan:
3 ekor ikan caru disiat kulit (bakar separuh masak dan buang kulit)
1/2 biji kelapa (santan)
Setangkai serai (dititik)
2-3 daun limau purut
Garam secukup rasa
- Kisar semua bahan2 bawah ni -
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
2 biji buah keras
15-20 tangkai cili padi
2-3 keping daun limau purut
Kelapa parut - dalam segenggam atau lebih (ikut citarasa)
Cara-cara:
1) Panaskan periuk & tumis semua bahan-bahan kisar. Masukkan serai, daun limau dan tumis sampai naik minyak serta bau.
2) Masukkan santan & ikan biar sampai mendidih dan masak.. sedia untuk dihidang.
~ Kalau diperhatikan, antara bahan kisaran yang digunakan ialah kelapa parut dan dikisar bersama (bukan kelapa kerisik ataupun kelapa goreng) ada kelainan sedikit dengan resepi ni.. kuahnya pun likat dan pekat. selamat mencuba ;)
4) Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis
Ikan bawal boleh tahan juga mahalnya. Terutamanya ikan bawal putih. Namun itu semua bukan jadi persoalan jika kita tahu memasaknya dan menghasilkan rasa yang lazat. Resepi ikan bawal masak masam manis di bawah ini saya ambil daripada blogger masakan terkenal iaitu En Mat Gebu!
BAHAN-BAHANNYA:2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA:
1) Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. 3) Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap.
4) Masuk sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
5) Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6) Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
7) Siap untuk dihidangkan.
5) Resepi Ikan Keli Goreng Berlada
Seterusnya koleksi aneka resepi ikan saya kongsikan resepi yang amat mudah! Sesiapa pun boleh mencubanya terutamanya bagi newbie...iaitu resepi ikan keli goreng berlada. Jika anda tak makan ikan keli, tukarlah kepada ikan selar kuning atau ikan kembung pun boleh. Hihi...
Resepi ikan keli goreng berlada yang lazat ni saya ambil daripada website Karangkraf. Mungkin resepinya nampak mudah, kalau rasa nak tambah bawang putih dan bawang merah pun boleh. Tak ada masalah pun...
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan keli } dibersihkan lalu digaul dengan serbuk kunyit dan garam
20 tangkai cili padi } dikisar
Garam
Gula
Minyak
Cara membuatnya:
1) Panaskan minyak dan goreng ikan keli yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2) Tumis cili api kisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan gula. Ikut cita rasa dan kacau sehingga masak sepenuhnya.
3) Setelah itu, siramkan bahan tumis tadi ke atas ikan keli goreng.
Selamat mencuba! Kalau suka boleh salin dan sebarkan...
3) Setelah itu, siramkan bahan tumis tadi ke atas ikan keli goreng.
Selamat mencuba! Kalau suka boleh salin dan sebarkan...
Sebarkan Bahagia:
3 Comments
Bagusnyeee.
ReplyDeleteSaya selalu buntu tang masakan ni. Huhu. Semua sedappp.. Tq resipinya.
Semoga bermanfaat ya Nida, tq ;)
Deletek
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.