Resepi Ikan Kering Goreng Dengan Jering Dan Bawang - Ikan kering goreng merupakan antara lauk yang sudah sebati dengan kehidupan kami sekeluarga ketika zaman bersusah-susah dahulu. Bagi kami ikan kering goreng merupakan lauk paling sedap pada ketika itu.
Sempena mengimbas kenangan lampau, saya nak kongsikan satu resepi tradisi yang telah dimodenkan sedikit iaitu resepi ikan kering goreng dengan jering dan bawang. Haha...
Nak selit info sikit pasal jering. Jering cukup kaya dengan zat besi, iaitu 4.7g per 100 g. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Gejala-gejala orang yang mengalami anemia kekurangan zat besi adalah lelah, lemah, pucat dan kurang ghairah, sakit kepala dan mudah marah, tidak mampu berkonsentrasi, serta mudah terdedah terhadap infeksi. Penderita anemia kronik menunjukkan bentuk kuku seperti sendok dan rapuh, pecah-pecah pada sudut mulut, lidah sulit menelan. Jadi dengan makan jering, ia boleh dijadikan rawatan untuk pesakit-pesakit yang disebutkan tadi.
Psstt...tetapi saya tak makan jering tau...kalau buat resepi ini, jeringnya saya ketepikan. Hihi...
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kering gelama (di potong 4)
2 tangkai cili hijau/ cili paid
2 biji bawang besar (di potong bulat)
5 biji jering muda/ tua (dibuang kulit)
Cara membuatnya;
1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar, cili padi dan jering yang telah dihiris.
3. Masukkan ikan kering yang digoreng tadi. Kacau kesemuanya hingga layu dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Tahukah anda bahawa jering amat bagus untuk kesihatan. Selain memberikan variasi rasa yang lazat dalam makanan, ia juga mengandungi zat pemakanan yang banyak. Hasil kajian menunjukkan bahawa jering juga kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin.
Kandungan vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 mg, sedangkan keperluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.
Psssttt....makan ikan kering goreng dengan jering dan bawang memang boleh meningkatkan selera makan. Tetapi, makan pun kena beringat ya.

Resepi Ikan Kering Goreng Dengan Jering Dan Bawang

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.