“Orang yang terkaya ialah orang yang menerima pemberian Allah dengan rasa senang.” ~Ali bin Husein
Mencipta azam baru setiap tahun baru muncul bukanlah keutamaan bagi saya. Jika ada yang bertanya saya akan katakan bahawa saya mahu kaya! Haha..
Begitu juga pada tahun ini iaitu tahun 2015. Saya mahu jadi kaya. Hmm...kaya mudahkah untuk menggapainya? Bolehkah hanya dengan menyebutnya kita boleh menjadi kaya? Ada yang sinis memandang, ada yang ketawa dan ada oula yang kata saya hanya cakap kosong.
Baiklah. Memang benar saya mahu kaya. Saya selalu berdoa agar Allah memberikan saya kekayaan yang berkat. Kaya yang boleh menjadikan saya semakin kaya di mata Allah. Semoga saya terus kaya di sisi Allah.
Harapan Untuk Lebih Kaya Pada Tahun 2015. Mengapa saya mahu kaya?
Pada tahun 2015 saya mahu menambahkan kekayaan saya terutamanya kaya rohani. Kaya amalan kebaikan dan kaya iman di dada.
Saya mahu menjadi begini, iaitu
Seseorang yang merasa bahagia bukan kerana ia memiliki banyak harta. Tetapi kerana ia tidak membandingkan apa yang ia miliki dengan milik orang lain.
Kerana orang bijak pandai mengatakan...Harta yang paling berharga adalah sabar. Teman yang paling akrab adalah amal. Pengawal pribadi yang paling waspada adalah diam. Bahasa yang paling manis ialah senyum. Dan ibadah yang paling indah tentunya adalah khusyuk.
Begitulah azam tahun baru saya setiap tahun. Semoga Allah memberikan saya kekayaan yang saya harapkan. Semoga dengan kekayaan tersebut saya mampu berasa tenang dan damai menjalani hidup di dunia yang penuh pancaroba.
Sebarkan bahagia dan kongsikan jika bermanfaat.

Dunia ini adalah negara tempat ujian, redha dan sabar serta teruslah melangkah nescaya engkau akan kaya.
Begitulah azam tahun baru saya setiap tahun. Semoga Allah memberikan saya kekayaan yang saya harapkan. Semoga dengan kekayaan tersebut saya mampu berasa tenang dan damai menjalani hidup di dunia yang penuh pancaroba.
Sebarkan bahagia dan kongsikan jika bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.