Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Mudah Tidur Malam

Tips Mudah Tidur Malam | Tidur malam amat penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya jika kita sudah kepenatan bekerja seharian pada waktu siang. Tidur yang lena juga merupakan satu terapi yang amat berkesan untuk minda dan tubuh badan supaya kita berupaya bangun dengan segar pada keesokan harinya. 

Namun begitu, ada sesetengah orang yang sukar tidur malam disebabkan tekanan kerja, masalah dan mungkin bebanan hutang yang menganggu fikiran.






Berikut saya kongsikan tips mudah tidur malam yang mungkin berguna jika dipraktikkan secara teratur. Yang penting kita mesti bertenang dan berfikiran terbuka ketika dihadapkan dengan pebagai cabaran hidup. 


Tips Mudah Tidur Malam



Tips mudah tidur malam yang saya rangkumkan berikut adalah pembacaan saya daripada sumber media sosial dan juga pengalaman saya sendiri. Semoga memberikan manfaat kepada kita semua.


Tidur Pada Waktu Yang Sepatutnya

Waktu tidur yang sempurna adalah pada pukul 10:00 malam hingga ke 11 malam. Dan jika dikira enam jam waktu tidur yang sesuai, anda boleh bangun pada pukul 4.30 pagi hingga 5.30 pagi. Ini juga yang digalakkan oleh Rasulullah. 

Bila tidur pada waktu yang sepatutnya, kita boleh tidur dengan lena dan mencukupi. Biasakan masuk tidur pada waktu yang sepatutnya. Jangan terlalu memikirkan lambakan kerja yang belum selesai apabila sudah berbaring di tempat tidur. Tenangkan fikiran dan maafkan semua orang dengan lapang dada.


Bersihkan Tempat Tidur

Anda perlu mencuci selimut sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali untuk menghindarkan gejala alahan yang menganggu. Jagalah kebersihan tempat tidur. 

Sebuah penelitian di University of Worcester mendapati kebanyakan selimut atau cadar boleh membawa sehingga 20,000 kuman debu dalam rumah. Jika keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan implikasi serius seperti gejala asma, radang saluran pernafasan, masalah kulit dan sebagainya. Jadi, bersihkan tempat tidur boleh buat kita mudah tidur dengan lena.


Elakkan Minum Air Berkafein Pada Waktu Malam

Jika anda suka minum kopi atau minuman berkafein, tolong elakkan mengambil minuman tersebut pada waktu malam. Ini kerana minuman berkafein boleh merangsang otak dan sistem saraf kita. Ini menyebabkan kita sukar tidur pada waktu malam. Untuk perhatian juga, elakkan makanan berat satu atau dua jam sebelum tidur.


Baca Doa Tidur Dan Berzikir Hingga Tertidur

Amalan yang mulia dan mengikut sunnah juga boleh dilakukan untuk mudah tidur malam. Contohnya, baca doa tidur dan berzikir/berwirid. Paling mudah baca al Fatihah sebanyak 21 kali. Insyaa Allah, bacaan al Fatihah belum sampai 3 kali pun kita dah tertidur lena. Kan mudah tu nak tidur malam. Dengan cara ini kita pun tidur dalam peliharaan Allah swt. Baca surah al-Quran 4 Qul juga banyak membantu. Insyaa Allah tidur malam anda akan lena dan bangun pagi dengan rasa segar.


Mandi Sebelum Maghrib

Lagi satu cara tips mudah tidur malam ialah mandi sebelum malam atau masuk waktu maghrib. Maksudnya bila balik dari kerja terus mandi. Amalkan setiap hari dan jadikan ia satu kebiasaan. Dengan mandi sebaik pulang dari kerja, kita merasa segar dan dapat meningkatkan kebersihan diri sendiri juga.  

Jangan Berangan Sewaktu Mahu Tidur

Berangan adalah perkara yang indah yang boleh dilakukan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang berbaring di atas tilam yang empuk! Anganan dan impian membuatkan fikiran menerawang jauh hingga ke Paris atau kota London. Hah! Jangan berangan kalau nak tidur. Sampai ke sudah kita sukar nak tidur kerana impian itu terlalu menganggu fikiran.

Jangan berangan sewaktu mahu tidur. Lapangkan fikiran daripada segala aktiviti supaya otak kita boleh berehat. Bila otak kita sihat, badan pun ikut berehat. So, dengan sebab itu kita mudah tidur dan lelapkan mata.  


Ok. Lepas ini boleh lah kita tidur lena bila dah tahu cara tips mudah tidur malam. Cukup tidur enam jam untuk orang dewasa asalkan tidur kita itu tidak terganggu dengan igauan ngeri, kan? Haha...basuh kaki dulu sebelum tidur pun boleh dicuba, jika mahu.

Semoga bermanfaat. Sebarkan hidup bahagia!




Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Tubuh memiliki hak untuk istirahat, saya pikir tidur merupakan upaya memenuhi kebutuhan tubuh kita sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, betul. Itu hak kita untuk menjaga tubuh dan merawatnya dgn betul.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close